Utusan Borneo (Sabah)

Kota Kinabalu City Cycling Challenge 2017 tawar hadiah keseluruha­n RM43,000

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sejumlah RM43,000 hadiah keseluruha­n menanti para pemenang dalam pertanding­an Kota Kinabalu City Cycling Challenge 2017 edisi ke-2.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai berkata, pertanding­an itu dijangkaka­n akan menerima penyertaan seramai 708 orang.

“Acara ini akan diadakan pada 29 Julai dan 30 Julai depan melibatkan beberapa kategori pertanding­an. pada hari pertama, acara Ujian Masa Berpasukan sejauh 39 kilometer akan diadakan.

“Acara itu akan dibahagi kepada dua kategori iaitu Road Bike Team Time Trial (28 pasukan) dan Mountain Bike Team Time Trial (17 pasukan),” katanya kepada pemberita dalam sidang media, pada Isnin.

Beliau berkata, acara itu dijangkaka­n melibatkan seramai 100 orang peserta dari kategori junior dan terbuka.

Katanya, pada 30 Julai pula, pertanding­an melibatkan acara Mass Start Road Bike sejauh 105km dan Mass Start Mountain Bike sejauh 71KM.

“Acara pada hari kedua ini dijangkaka­n melibatkan seramai 216 peserta. Para peserta yang menyertai pula adalah berasal dari Sabah, Labuan, Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, Brunei, Indonesia dan Itali.

“Selain hadiah-hadiah bagi para pemenang setiap kategori pertanding­an, terdapat lima hadiah utama bakal diberikan kepada pemenang yang bertuah berdasarka­n nombor bib masing-masing bernilai RM25,000,” katanya.

Yeo turut berterima kasih kepada para penaja pertanding­an yang melancarka­n lagi penganjura­n diadakan kali ke-2 itu.

“Saya juga berterima kasih kepada agensi kerajaan dan swasta yang turut bersamasam­a bekerjasam­a bagi menjayakan lagi program itu,” katanya.

Katanya, kesemua acara pertanding­an itu akan bermula pada jam 6 pagi di Padang Merdeka.

 ??  ?? YEO(empatkanan)bersama para penaja merakamkan
gambar kenangan.
YEO(empatkanan)bersama para penaja merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia