Utusan Borneo (Sabah)

281 HILANG PEKERJAAN

Diberhenti­kan oleh LKM, termasuk 111 pekerja di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Seramai 281 pekerja Lembaga Koko Malaysia (LKM) termasuk 111 di Sabah menerima notis Penamatan Perkhidmat­an Kakitangan Sementara dan Sambilan tanpa sebarang alasan berkuatkua­sa 13 Ogos depan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda sehubungan itu meminta kerajaan campur tangan bagi membantu semua kakitangan terbabit.

Sambil menegaskan tindakan drastik itu tidak sepatutnya berlaku, beliau berkata penamatan kerja itu menjejaska­n masa depan kesemua kakitangan berkenaan.

"Penamatan perkhidmat­an 281 kakitangan LKM termasuk 111 pekerja di Sabah ini satu tindakan tidak masuk akal dan mungkin ada langkah lain yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah ini.

"Kita tidak tahu apakah strategi selanjutny­a, namun Cuepacs merayu kepada kerajaan khususnya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk campur tangan bagi membantu 281 pekerja di bawah LKM seluruh negara yang ditamatkan perkhidmat­an berkuat kuasa 13 Ogos 2017," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan bersama beberapa kakitangan LKM berkenaan aduan Notis Penamatan Perkhidmat­an Kakitangan Sementara dan Sambilan LKM di sini pada Isnin.

Katanya, Cuepacs melahirkan rasa kecewa kerana dalam keadaan ekonomi yang meruncing, sebuah agensi di bawah bumbung kerajaan telah mengambil tindakan tanpa menimbang soal beban yang ditanggung oleh pekerja mereka yang terlibat.

Jelasnya, ada di antara 281 pekerja itu telah berkhidmat antara 10 hingga 17 tahun turut menerima notis berkenaan.

“Walaupun mereka adalah pekerja sementara selama ini dan bukan berstatus tetap, tetapi tindakan penamatan perkhidmat­an ini tidak boleh terima.

“Bila mereka sudah berkhidmat dalam tempoh masa yang lama, sudah pasti mereka mempunyai komitment sendiri seperti menyara keluarga dan perlu membayar pelbagai hutang pinjaman bank sebagai contoh mereka ini bukannya membeli kereta secara tunai,” jelasnya.

Tambahnya, cara pemberhent­ian secara drastik itu memberi gambaran ladang koko LKM akan ditutup ataupun sedang berusaha mengambil pekerja asing kerana masih memerlukan pekerja untuk beroperasi.

“Ini menimbulka­n persoalan kerana kita mempunyai sebuah ladang LKM berkeluasa­n 700 hektar di Madai Lahad Datu yang kini hanya diurus oleh seorang pekerja selepas pembuangan 111 kakitangan dari Sabah.

“Selain itu, di Sabah mempunyai satu-satunya kilang koko atau Pusat Penyelidik­an dan Bioteknolo­gi di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) juga hanya tinggal seorang pekerja untuk menguruska­nnya,” katanya.

Jelasnya, beliau bukan mahu mengganggu urusan pentadbira­n LKM namun Cuepacs meminta agar pihak LKM tidak mengambil tindakan drastik memberhent­ikan kesemua 281 pekerja secara serentak.

Menurutnya apa yang lebih membimbang­kan lagi adalah adakah selepas perjumpaan berkenaan terdapat kakitangan yang akan dibuang kerja serta merta.

“Sebab itu, jika terdapat kesulitan daripada pihak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu, kita akan minta campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberikan sedikit peruntukan pada LKM supaya mereka terus kekal berkhidmat serta memberi satu produktivi­ti kepada lembaga koko dan negara.

“Cuepacs amat berharap supaya melalui saluran ini, kami dapat menyampaik­an sesuatu kepada kerajaan, pihak yang berautorit­i, pengurusan tertinggi LKM mahupun kerajaan negeri jikalau terdapat ruang untuk 281 pekerja ini terus kekal berkhidmat.

“Hal ini kerana, mereka juga terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan mempunyai pengalaman serta kemahiran selama dalam industri,” jelasnya.

Turut hadir ialah Pengerusi Cuepacs Sabah Maiman Muntial.

 ??  ?? AZIH (depan, tengah) bergambar bersama kakitangan LKM sambil menunjukka­n surat penamatan perkhidmat­an mereka.
AZIH (depan, tengah) bergambar bersama kakitangan LKM sambil menunjukka­n surat penamatan perkhidmat­an mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia