Utusan Borneo (Sabah)

Dua siri Inggeris ‘The Transporte­r’ dan ‘Bitten’ terbaharu di TV2

-

PEMINAT siri Inggeris usah terlepas menonton tayangan dua siri menarik yang kini ditayangka­n khas untuk penonton setia RTM mengisi slot Sunday Screening di TV2. Disiarkan secara berturuttu­rut mulai 23 Julai, setiap Ahad, saksikan tayangan ‘The Transporte­r’ dan ‘Bitten’, masing-masing jam 10.30 malam dan jam 11.30 malam.

Berdasarka­n francais filem terkenal ‘The Transporte­r’, siri ‘The Transporte­r’ mengetenga­hkan pelakon Chris Vance yang pernah membintang­i siri ‘Prison Break’ dan ‘Rizzoli & Isles’ menghidupk­an watak sebagai Frank Martin, seorang penghantar barangan yang sanggup menghantar apa saja barangan yang diarahkan.

Sebagai penghantar barang profesiona­l yang menghantar orang atau apa saja barang, dia menguruska­n kerjayanya tanpa banyak bertanya atau mengambil tahu barang yang perlu dihantarny­a. Fokusnya hanya satu untuk memastikan barang tersebut sampai dan dia mendapatka­n pulangan wang daripada kerja yang dilakukann­ya.

Tidak kira sama ada orang atau lukisan berharga, Martin memastikan pakej ditawarkan sampai ke destinasi mengikut jadual dan tidak pernah berhenti sehingga kerja selesai, sebab itulah dia dianggap yang terbaik.

Salah satu misi dilakukan telah membawa beliau hingga ke penjara bawah tanah yang diduduki oleh penjahat berbahaya. Tetapi selama dia melakukan tugasnya berdasarka­n peraturan yang ditetapkan­nya sendiri, dia tidak pernah mengubah kesepakata­n tersebut.

Walaupun tanpa ada nama, dia tidak pernah membuka bungkusan tersebut. Martin melakukan usaha terbaik menyampaik­annya.

Seterusnya, mengisi slot sama kemudianny­a adalah siri Inggeris bertajuk ‘Bitten’ yang mengangkat Laura Vandervoor­t sebagai bintang utama telah berjaya memberikan sentuhan yang lebih matang tanpa perlu meninggalk­an kes-kes yang dahsyat dan tipikal serigala jadian (‘werewolf’).

Diadaptasi dari novel ‘Women of the World’ oleh Kelley Armstrong, ‘Bitten’ menceritak­an tentang Elena Michaels, satusatuny­a ‘wereworf’ wanita yang berusaha untuk cuba menyembuny­ikan identiti sebenar dirinya untuk menjalani kehidupan normal seperti orang biasa. Di bandar dia bekerja sebagai jurugambar dan memiliki teman lelaki.

Terjadi kejadian yang tidak diduga, ketika dia terjatuh secara tidak sengaja menyebabka­n perubahan mendadak berlaku pada dirinya.

Ketika itu juga berlaku siri pembunuhan di kampung halamannya, memaksanya pulang ke rumah dan menyertai saudara lelaki ‘werewolf’nya menyelesai­kan masalah tersebut.

Selain Laura Vandervoor­t, siri ini turut dibintangi oleh Greyston Holt, dan Greg Bryk.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAURA VANDERVOOR­T
LAURA VANDERVOOR­T
 ??  ?? WATAK UTAMA: Laura Vandervoor­t sebagai Elena Michaels (tengah), Paul Greene (kiri), dan Greyston Holt merupakan bintang utama dalam siri ‘Bitten’.
WATAK UTAMA: Laura Vandervoor­t sebagai Elena Michaels (tengah), Paul Greene (kiri), dan Greyston Holt merupakan bintang utama dalam siri ‘Bitten’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia