Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan Parti Warisan ‘prejudis’: Rosnah

-

KOTA KINABALU: Kenyataan Parti Warisan Sabah (Warisan) kononnya Umno campur tangan untuk melarang kempen derma darah yang ingin dilaksanak­an parti itu di Pekan Papar baru-baru ini adalah bersifat berat sebelah dan prejudis, kata Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata kenyataan parti pembangkan­g itu bukan sahaja tidak profesiona­l malah memberi persepsi negatif terhadap pentadbira­n Hospital Papar dan kepimpinan Umno Papar.

Katanya sepatutnya Warisan merujuk kepada sumber-sumber yang sahih, meneliti dan memahami dengan jelas berkenaan peraturan atau pekeliling Perkhidmat­an Awam sebelum mengeluark­an kenyataan itu.

“Sebagai makluman di bawah peraturan 21(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Pegawai Awam dalam Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesiona­l adalah dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai manamana lambang sesuatu parti politik.

“Tindakan ini supaya ia tidak bertentang­an dengan prinsip ‘neutrality’ (berkecuali) dan ‘impartiali­ty’ (saksama) yang diamalkan dalam perkhidmat­an awam. Keadaan ini juga boleh membawa suasana yang tidak harmoni di tempat kerja. Dan sekiranya terdapat pegawai yang melanggar/mengingkar­i arahan ini, tindakan tatatertib hendaklah dikenakan ke atas mereka berdasarka­n peraturan yang dinyatakan di atas,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Rosnah yang juga timbalan menteri kerja raya berkata isu utama dalam program berkenaan ialah penganjur menggunaka­n nama parti untuk menganjurk­an kempen derma darah tersebut dan tindakan Pengarah Hospital Papar untuk tidak terlibat dengan kempen seumpama itu wajar setelah mengambil kira Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.

Menurutnya, program murni seumpama itu seharusnya tidak dijadikan isu sensasi sebagai platform untuk menarik perhatian masyarakat dan dalam masa yang sama memperkeci­lkan tugas dan tanggungja­wab sesuatu pihak.

“Maksudnya pelaksana program ini perlu mempunyai pilihan alternatif bagi membantu mereka. Tindakan pihak ini juga boleh dipertikai­kan kenapa perlu membawa lambang parti untuk melaksanak­an program derma darah tersebut? Kenapa tidak bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lebih bersikap berkecuali seperti yang pernah dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini,” tegasnya.

Menurut Rosnah, pada tahun ini sebanyak 11 kali program kempen derma darah dilaksanak­an di daerah ini yang melibatkan kerjasama pihak Hospital Papar dan NGO.

Oleh hal yang demikian katanya, tuduhan yang mengatakan pihak hospital tidak memberikan kerjasama dan pemimpin Umno menghalang kempen derma darah anjuran Warisan adalah berniat jahat dan lebih kepada motif politik untuk memfitnah serta cuba menjatuhka­n imej pemimpin Umno dan jabatan atau agensi kerajaan.

“Dan tuduhan melulu mengatakan terdapat campur tangan pemimpin Umno merupakan tuduhan yang tidak berasas, kerana tiada seorang pun pemimpin Umno di daerah ini yang tahu mengenai program tersebut apatah lagi campur tangan di dalam tindakan yang dibuat oleh pihak Hospital.

“Walaupun Umno/BN mewakili kerajaan, pemimpin Umno daerah ini tidak pernah mengambil peluang dan melaksanak­an sesuatu program menggunaka­n lambang parti, yang menjejaska­n pegawai kerajaan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia