Utusan Borneo (Sabah)

Internet jana manfaat besar dalam perniagaan

Memudahkan pembelian barangan, jimat masa dan lebih cepat

- Oleh NURASYIKIN HAMZA (Pelatih UMS)

B

AGAIKAN satu fenomena, perniagaan dalam talian kini begitu popular dan digemari masyarakat terutamany­a pengguna perkhidmat­an internet.

Diistilahk­an sebagai semuanya hanya di hujung jari, kini lebih ramai pengguna memilih untuk membeli barangan secara dalam talian kerana lebih mudah dan cepat.

Kaji selidik yang dilakukan oleh 11street Malaysia tahun lepas yang melibatkan seramai 3,507 responden, lebih 80 peratus daripada responden menunjukka­n mereka menjalanka­n aktiviti membeli-belah secara dalam talian.

Hasil dapatan ini juga menunjukka­n ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggunaka­n internet secara teratur untuk membeli-belah.

Kecenderun­gan berkenaan juga didorong oleh faktor sikap pengguna selain penjimatan masa, pengiklana­n, harga yang lebih murah, kualiti yang lebih baik, serta barangan yang hanya boleh didapati melalui internet.

Ledakan teknologi ini juga membawa perkembang­an aktiviti jual beli dalam talian yang memberikan kelebihan kepada peniaga yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal tinggi.

Golongan usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam talian hanya memerlukan komputer atau telefon pintar dan kebolehan berniaga sebagai modal memulakan perniagaan.

Kos bagi memulakan perniagaan konvension­al biasanya lebih tinggi tetapi melalui perniagaan atau kedai dalam talian, kos sewa kedai, sewa bangunan, gaji pekerja, dan kelengkapa­n dapat dikurangka­n atau tiada.

Melalui penjimatan ini, wang dapat digunakan untuk mereka mencipta laman web sendiri dan menambah stok barangan.

Bukan itu sahaja, perniagaan dalam talian mempunyai risiko yang rendah berbanding kedai sebenar.

Melalui kedai dalam talian, usahawan boleh beroperasi selama 24 jam setiap hari.

Faktor ini juga menjadi tarikan kepada pembeli untuk berbelanja dalam talian kerana peniaga sentiasa bersedia melayan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

LONJAKAN POSITIF

Biarpun perniagaan dalam talian dilihat lebih banyak kelebihan dan besar potensinya berbanding kedai konvension­al, tanpa perancanga­n yang mantap, lemah mengatur strategi dan kurang kreativiti, ia masih membawa hasil yang tidak memuaskan.

Sehubungan itu, keduadua jenis perniagaan memerlukan ilmu, kegigihan, kreativiti, inovasi, dan kesungguha­n peniaga.

Bagi pengasas kosmetik Face Me Noor Syakira Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Syakira Dzul, 32, hari ini semakin ramai yang mula sedar potensi yang ada pada perniagaan dalam talian.

Menurutnya, ini terbukti apabila semakin ramai mula menceburka­n diri dalam bidang perniagaan menggunaka­n internet.

“Perniagaan dalam talian sangat sesuai bagi orang baharu yang ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana ia adalah langkah pertama tanpa melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Syakira yang mulanya mempunyai kedai konvension­al sendiri mula beralih kepada perniagaan dalam talian selepas perniagaan di kedainya tidak berjaya.

Kedai konvension­al jelasnya, memerlukan kos tinggi bagi individu yang baharu mula berjinak-jinak memulakan perniagaan sendiri.

Ia juga membawa Syakira kepada penubuhan produk kosmetik yang menjadikan media sosial sebagai tempat memperkena­lkan produknya.

Katanya, media sosial seperti Facebook membenarka­n peniaga mempromosi­kan produk mereka dengan lebih meluas dan murah.

Beliau yang pernah bertugas sebagai penjawat awam ini, memutuskan untuk berhenti dan melibatkan diri dalam perniagaan kerana kekangan waktu bersama anak yang terhad.

Keputusann­ya itu membuahkan hasil apabila produk Face Me mampu terjual sebanyak 200 unit dalam tempoh dua minggu.

“Facebook banyak membantu saya dalam memperkena­lkan produk kosmetik Face Me kepada masyarakat khususnya pengguna internet.

“Selain itu Facebook juga mempunyai kuasa untuk mempromosi­kan produk secara percuma dengan mudah, cepat dan meluas kerana setiap hari semua orang akan melihat media sosial,” katanya.

Seorang lagi peniaga dalam talian Dzuasfezai­rany Dzulkifli, 30, berkata, tekanan ekonomi yang memerlukan kos perbelanja­an yang besar menyebabka­n beliau memilih untuk memulakan perniagaan.

Beliau bersama rakan kongsinya Nurul Affizan Marjullan, 30, memulakan perniagaan Kupuk Cheese dalam talian bagi menjana pendapatan mereka.

Menurutnya, perniagaan dalam talian memudahkan sesuatu produk menjadi terkenal dengan adanya penggunaan ‘hashtag’ di media sosial.

“Hashtag membantu sesuatu produk menjadi trending yang mana pengguna hanya perlu menekan hashtag yang berkaitan bagi mengetahui maklumat sesuatu produk.

“Namun begitu, perniagaan dalam talian juga mempunyai cabaran dan risikonya sendiri terutamany­a berhubung dengan pelanggan,” jelasnya.

Berbeza dengan kedai konvension­al, Dzuasfezai­rany berkata, kedai dalam talian perlu berdepan dengan risiko pembatalan tempahan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, perniagaan yang tidak memerlukan perjumpaan secara tatap muka menyebabka­n ada sesetengah pelanggan tidak takut untuk membatalka­n tempahan walau pada saat-saat akhir.

Justeru, beliau mengingatk­an peniaga supaya perlu bijak dan tidak mudah ditipu oleh pelanggan yang tidak serius membeli produk jualan mereka.

“Strategi perniagaan perlu melihat bagaimana mengatasi pembatalan tempahan pada saat akhir seperti membayar deposit terlebih dahulu jika melibatkan tempahan yang besar.

“Ini akan membantu perkembang­an perniagaan peniaga sekaligus mengelakka­n kerugian.

“Bukan itu sahaja, peniaga dalam talian turut berdepan dengan masalah kepercayaa­n dalam kalangan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, kepercayaa­n adalah faktor yang sangat penting bagi pelanggan sebelum melakukan sebarang transaksi menggunaka­n internet.

Ini kerana jelasnya, pelanggan masih risau dengan isu penipuan, keselamata­n dan kerahsiaan data yang boleh berlaku dalam talian.

Katanya, jika peniaga tidak mengambil berat terhadap isu ini, peluang untuk perniagaan mereka berkembang akan jatuh.

MANFAATKAN PELUANG

Walaupun perniagaan dalam talian semakin mendapat perhatian masyarakat Malaysia, namun masih ramai yang tidak cuba merebut peluang yang ada.

Laporan Bank Negara Malaysia mendapati kadar penganggur­an belia di Malaysia dianggarka­n mencecah sehingga 10.7 peratus pada 2015.

Hal ini sangat membimbang­kan kerana jika berterusan, masalah penganggur­an akan memberi kesan kepada perkembang­an ekonomi negara.

Namun berbeza dengan pelajar sekolah menengah Dg Aleeza Ahmad, 17, yang memanfaatk­an peluang sedia ada untuk memulakan perniagaan­nya sendiri.

Dengan kerjasama daripada tiga rakan baiknya, mereka memulakan perniagaan aksesori wanita.

Aleeza berkata, mereka memilih internet sebagai platform memulakan perniagaan kerana ia lebih terbuka kepada pembeli.

Ditambah pula jumlah penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat, menyebabka­n Aleeza memilih untuk menjual dalam talian.

“Kami memilih internet sebagai medium perniagaan kerana sekiranya salah seorang daripada pelanggan kami menyukai barang yang kami jual, mereka akan memuat naik gambar berserta maklum balas positif.

“Media sosial amat mudah digunakan bagi peniaga baharu kerana ia hanya perlu memuat naik gambar produk di media sosial beserta maklumat berkenaan produk yang ingin dijual.

“Namun ia juga memerlukan dedikasi tinggi peniaga kerana terlalu banyak saingan daripada peniaga lain yang menjual aksesori wanita di laman sosial,” katanya.

Pada masa sama jelasnya, sebagai pelajar sekolah, kekangan masa juga antara cabaran yang perlu dihadapi dalam berniaga.

Beliau berkata, walaupun banyak halangan, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perniagaan.

Katanya, sebagai seorang pelajar, belanja yang diperlukan sangat tinggi. Justeru, melalui perniagaan mereka dapat membantu mengurangk­an beban ibu bapa masing-masing.

Kesimpulan­nya, golongan usahawan atau mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan perlu memanfaatk­an medium internet secara optimum agar mampu melahirkan ramai peniaga yang berjaya hingga meraih gelaran jutawan.

“Facebook banyak membantu saya dalam memperkena­lkan produk kosmetik Face Me kepada masyarakat khususnya pengguna internet. Selain itu Facebook juga mempunyai kuasa untuk mempromosi­kan produk secara percuma dengan mudah, cepat dan meluas kerana setiap hari semua orang akan melihat media sosial. NOOR SYAKIRA ZULKIFLI Pengasas kosmetik Face Me

 ??  ??
 ?? Gambar hiasan ?? PERNIAGAAN dalam talian memberi peluang individu menguruska­n perniagaan sendiri. -
Gambar hiasan PERNIAGAAN dalam talian memberi peluang individu menguruska­n perniagaan sendiri. -
 ??  ??
 ??  ?? DZUASFEZAI­RANY
PRODUK jenama Kupuk Cheese yang dipasarkan menggunaka­n internet.
DZUASFEZAI­RANY PRODUK jenama Kupuk Cheese yang dipasarkan menggunaka­n internet.
 ??  ??
 ??  ?? NURUL AFFIZAN
NURUL AFFIZAN
 ??  ??
 ??  ?? ALEEZA menggunaka­n manfaat internet dalam mempromosi­kan perniagaan­nya.
ALEEZA menggunaka­n manfaat internet dalam mempromosi­kan perniagaan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia