Utusan Borneo (Sabah)

Prinsip perjuangan Umno dijadikan keutamaan

-

SANDAKAN:Ketua Umno Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya mengingatk­an ahli Umno Batu Sapi termasuk sayap parti supaya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin yang menerajui parti itu.

Beliau berkata sikap berbelah bahagi merupakan permulaan kepada segala permasalah­an, yang akhirnya akan merugikan parti dan perjuangan.

“Ia merupakan asas yang perlu dipegang dan dihayati setiap ahli parti Umno. Itu prinsip yang saya pegang selama ini...kita juga perlu menghindar­i rasa berbelah bahagi dalam memberikan ketaatseti­aan.

“Jadi, sebagai pendukung parti,cintailahU­mnosepenuh jiwa raga agar parti terus bergerak kukuh bersama kepimpinan sedia ada,” katanya semasa berucap merasmikan persidanga­n Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Batu Sapi di sini.

Turut hadir Ketua Wanita Batu Sapi Rahimah Asrah, Ketua Pemuda Umno Khairul Firdaus Akbar Khan, Ketua Puteri Umno Hazuliza Mohd Dani, wakil Puteri Umno Sabah Karmi Ariffin yang juga Ketua Puteri Umno Libaran serta ahli jawatankua­sa bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Batu Sapi.

Samsudin turut mengingatk­an ahli Umno supaya tidak mudah dipengaruh­i cubaan individu tertentu untuk memecahbel­ahkan keharmonia­n parti dengan mewujudkan rasa sangsi dan tidak percaya terhadap pemimpin.

“Saya ingin mengingatk­an ahli Umno supaya tidak mencampura­dukkan matlamat dan perjuangan parti dengan kepentinga­n peribadi atau kumpulan tertentu yang akhirnya boleh merosakkan agenda membela bangsa dan negara.

“Semua ahli di seluruh peringkat cawangan dan bahagian Umno Batu Sapi mesti kembali menghayati gagasan perjuangan asal Umno dengan meletakkan kepentinga­n parti sebagai keutamaan tanpa dipengaruh­i sebarang matlamat bersifat individu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Umno mengekalka­n perpaduan dan permuafaka­tan yang menjadi prinsip perjuangan selama ini bagi memastikan ia terus teguh sebagai parti membela kepentinga­n rakyat secara keseluruha­n.

Samsudin yang juga Adun Sekong turut memuji usaha Puteri Umno Batu Sapi dapat meningkatk­an bilangan cawangan 43 cawangan sebelum ini dan telah bertambah kepada 63 cawangan.

“Saya ingin menegaskan ahli parti jangan jadi gunting dalam lipatan dan amat bersetuju dengan pandangan Ketua Puteri Umno Batu Sapi...bahawa ahli parti harus bijak memilih sebarang jemputan jamuan oleh individu yang dahulunya merupakan ahli Umno, tetapi memilih untuk meninggalk­an parti, atas nama perjumpaan silatulrah­im, akhirnya menjadi pentas menghentam pemimpin dan kerajaan,” katanya.

Beliau mengambil contoh, walaupun Ketua Puteri Batu Sapi (Hazuliza) mempunyai pertalian persaudara­an dengan Datuk Seri Shafie Apdal, tetapi telah memilih untuk setia kepada parti dan pemimpin yang ada, serta menjadikan prinsip perjuangan Umno sebagai keutamaan.

Beliau juga mengingatk­an perwakilan Puteri Umno agar tidak terjebak dengan permainan pembangkan­g berasaskan sentimen perkauman dan slogan Sabah for Sabahan.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Batu Sapi Hazuliza Mohd Dani mengingatk­an semua ahli Puteri Umno agar terus mempertaha­nkan parti dan memastikan Umno kekal menjadi pilihan utama orang Melayu dan bumiputera.

“Saya juga menyeru agar ahli parti sentiasa bersepakat dalam prinsip perjuangan parti. Umno perlu kita pertahanka­n dan mesti kekal menjadi pilihan utama orang Melayu dan bumiputera, khususnya Umno Batu Sapi.

“Walaupun pelbagai cabaran yang kita hadapi, saya menyeru agar semua ahli parti bersepakat dalam prinsip perjuangan kita yang tidak boleh digantikan oleh mana-mana parti,” katanya.

Terdahulu, Samsudin menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Batu Sapi yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom.

 ??  ?? SAMSUDIN menerima cenderahat­i daripasa Hazuliza selepas merasmikan pesyuarat perwakilan itu, sambil diperhatik­an oleh Karmi (kanan).
SAMSUDIN menerima cenderahat­i daripasa Hazuliza selepas merasmikan pesyuarat perwakilan itu, sambil diperhatik­an oleh Karmi (kanan).
 ??  ?? SAMSUDIN menerima cenderahat­i daripada Khairul Firdaus.
SAMSUDIN menerima cenderahat­i daripada Khairul Firdaus.
 ??  ?? SAMSUDIN berswafoto dengan Hazuliza dan Karmi.
SAMSUDIN berswafoto dengan Hazuliza dan Karmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia