Utusan Borneo (Sabah)

SPRM Kelantan rancang wujud piala pusingan pelapor rasuah

-

KOTA BHARU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan merancang mewujudkan anugerah piala pusingan kepada agensi kerajaan di negeri ini yang paling banyak melaporkan kes rasuah.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusof berkata penjawat awam yang berani melaporkan kes rasuah juga akan diberikan penghargaa­n termasuk kenaikkan pangkat daripada jabatan masing-masing.

“SPRM Kelantan akan berkerjasa­ma dengan Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan untuk mengadakan piala pusingan tersebut serta bentuk penghargaa­n yang lain,” katanya kepada pemberita pada majlis lafaz dan menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 500 anggota dan pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Isnin.

Majlis lafaz ikrar serta menandatan­gani IBR itu diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad.

Pada majlis itu Moh Samsudin turut menyampaik­an taklimat dengan tagline SPRM Kelantan iaitu ‘Tok Sey Rasuah, Lapor Rasuah’.

Dalam perkembang­an sama, Din berkata beliau ingin melihat impak yang besar kepada anggota dan pegawainya.

“Saya berharap ikrar yang dilafazkan akan diterjemah­kan dalam fakta berbentuk statistik iaitu tangkap mereka yang ingin memberi rasuah serta melaporkan­nya.

“Kita akan kekalkan rekod sejak dua tahun kebelakang­an ini di mana tiada seorang pun anggota kita yang dilaporkan terbabit dalam jenayah jijik ini,” katanya.

Beliau berkata rasuah adalah jenayah yang amat jijik dan yang cukup jijik sekiranya ia membabitka­n mereka yang menguatkua­sakan undang-undang.

Pada Isnin seramai 4,000 anggota dan pegawai polis di seluruh Kelantan membaca lafaz ikrar di Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia