Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan rakyat lancar pembanguna­n oleh kerajaan

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Perpaduan rakyat negara ini menjadikan negara aman dan tenteram yang membolehka­n kerajaan merancang dan melaksanak­an pembanguna­n dengan lancar untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat.

Justeru, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyeru agar rakyat tanpa mengira kaum dan agama sama-sama bersatu untuk mengekalka­n perpaduan itu.

Katanya suasana hidup rakyat negara ini yang aman dan damai membolehka­n aktiviti harian berjalan dengan baik.

“Di pihak kerajaan pula, tumpuan dapat diberikan untuk melaksanak­an pembanguna­n yang diperlukan rakyat,” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Masyarakat Tanjung Nipis di Paitan.

Ronald berkata ia juga memerlukan rakyat tidak terpengaru­h dengan cubaan pihak tertentu membawa perkara atau isu yang boleh menjejaska­n perpaduan rakyat di negara ini.

Katanya rakyat harus bijak menilai mana yang baik dan negatif serta perlu menolak mana-mana pihak yang berbuat demikian.

Dalam pada itu, Ronald berkata rakyat perlu memahami dasar kerajaan untuk mensejahte­rakan mereka sejajar dengan perkembang­an dan keperluan semasa.

Katanya usaha kerajaan membawa kemudahan asas untuk rakyat tidak kira di mana mereka berada perlu dihargai.

Menurutnya kerajaan menyedari masih ada rakyat dan kawasan khususnya di luar bandar memerlukan perhatian daripada kerajaan.

Sebab itulah, katanya, komitmen kerajaan mensejahte­rakan kehidupan rakyat tiada hentinya.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Beluran Endang Datu Asibi, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri dan Wakil Ketua Anak Negeri Sugut Awang Bangis Tarawi.

 ??  ?? RONALD (kiri) bersalaman dengan penduduk Kampung Tanjung Nipis, Paitan.
RONALD (kiri) bersalaman dengan penduduk Kampung Tanjung Nipis, Paitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia