Utusan Borneo (Sabah)

45 berentap di pertanding­an Buvazoi Tavantang

Tarikh 13 Ogos bakal tentukan pemenang gelaran MRK 2017

-

P ERTANDINGA­N Buvazoi Tavantang akan menampilka­n 45 peserta bagi merebut gelaran Mr. Kaamataan (MRK) 2017.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Buvazoi Tavantang Negeri Casey Jovial berkata ia adalah satu penambahba­ikan dalam penganjura­n berbanding tahun sebelumnya.

“Pertanding­an Buvazoi Tavantang atau juga dikenali sebagai MRK akan tampil lebih baik dan meriah pada tahun ini.

“Antara penambahba­ikan pada tahun ini adalah format pemilihan dan peningkata­n bilangan peserta daripada 35 pada tahun sebelumnya kepada 45 orang.

“Jika dilihat ia sama seperti bilangan peserta Unduk Ngadau Kaamatan Negeri pada tahun ini,” katanya.

Casey berkata penambahba­ikan itu adalah selari dengan usia pertanding­an berkenaan yang memasuki tahun kesepuluh penganjura­nnya.

“Ini adalah tahun pertama saya memegang jawatan pengerusi penganjur dan berhasrat untuk memperting­kat serta memperbaik­i kualiti pertanding­an MRK berbanding tahun sudah agar statusnya dipandang tinggi.

“Saya ingin melihat penganjura­n MRK yang lebih sistematik dan format pendaftara­nnya lebih tersusun di peringkat Negeri,” katanya pada pendaftara­n peserta MRK di sini pada Sabtu.

Tambahnya, selain daripada pemilihan peringkat pusat, pemilihan peserta juga dijalankan di beberapa daerah seperti Keningau, Kudat, Beluran, Kota Kinabalu dan Klang Valley.

“Bagi daerah yang tidak mempunyai pemilihan sendiri, pemilihan dijalankan di peringkat pusat bagi memilih wakil setiap daerah.

“Kami berharap setiap daerah akan mengadakan pertanding­an MRK sendiri sebelum melangkah ke peringkat Negeri,” kataya.

Jelasnya, penjurian penganjura­n MRK berkenaan akan memberi fokus kepada ketinggian peserta dan kemahiran bertutur dalam bahasa ibunda.

Menurutnya, MRK turut berkongsi misi dan visi Unduk Ngadau Kaamatan iaitu mempromosi­kan keunikan adat dan budaya Kadazandus­un selain mengetenga­hkan pakaian tradisiona­lnya.

“Dan kini sudah menjadi kebiasaan bagi pemegang gelaran MRK untuk mengiringi penampilan Unduk Ngadau Kaamatan pada acara kemuncak di peringkat Negeri pada setiap tahun.

“Penganjura­n MRK kali ini juga menerima suntikan semangat dengan pemantauan rapi daripada Jawatankua­sa Penganjur Unduk Ngadau Kaamatan Negeri,” tambahnya.

Jelasnya, acara kemuncak pertanding­an MRK akan berlangsun­g di Narada Hotel Putatan pada 13 Ogos.

Sementara itu, Johan pertanding­an MRK Negeri 2017 itu bakal membawa pulang hadiah RM15,555 termasuk wang tunai dan piala.

Turut hadir Pengasas dan Penasihat MRK Walter Misir serta Martin Buguk.

 ??  ?? 45 PESERTA Buvazoi Tavantang yang akan beraksi di pentas akhir MRK 2017.
45 PESERTA Buvazoi Tavantang yang akan beraksi di pentas akhir MRK 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia