Utusan Borneo (Sabah)

Tambunan ada 96 tagal berdaftar

Hasil usaha Jabatan Perikanan pupuk kesedaran penduduk kampung

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Pegawai Daerah Thomas Logijin berkata, daerah ini mempunyai 96 tagal yang berdaftar walaupun bilangan kampung sebanyak 88 sahaja.

Katantya, ia disebabkan keaktifan Jabatan Perikanan menyedarka­n masyarakat betapa pentingnya menjaga ikan daripada pupus.

“Pada masa ini, di Mahua kita ada pusat pembiakan ikan air tawar yang sedang giat dibangunka­n,” katanya semasa merasmikan sistem tagal di Kampung Monsorulun­g.

Beliau difahamkan, dalam 96 sistem tagal itu, 10 daripadany­a sangat berpotensi yang boleh dibangunka­n sebagai eko pelanconga­n yang mana salah satunya ialah Sistem Tagal Kampung Monsorulun­g.

Katanya, atas potensi itu pusat berkenaan telah dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Tambunan 2017 (VTBN2017).

“Kita menyokong penuh usaha ini dan antara lain yang kita buat ialah memohon peruntukan daripada Kementeria­n Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang telah meluluskan tandas berkembar dan sebuah pondok rehat.

“Kita berharap penduduk kampung ini sama-sama menjayakan VTBN2017 yang sedang berjalan ini. Kita jangan tunggu dan lihat saja, kita mesti kreatif, kita mesti tahu apa yang orang mahu,” katanya.

Thomas berpendapa­t selepas melaksanak­an VTBN2017, pengunjung akan mengetahui tempat itu menarik dan sudah pasti penduduk juga akan mendapat keuntungan.

Beliau meminta masyarakat daerah ini supaya kreatif tentang sesuatu yang boleh menjadi tarikan pelawat.

Sebagai contoh, katanya, mereka boleh buat promosi melawat ke tempat itu dan selepas mandi boleh makan ikan yang segar.

“Penduduk boleh men-

THOMAS LOGIJIN Pegawai Daerah

genakan dalam sekitar RM10 hingga RM20 seekor ikan. Kalau ikan pelian sebesar lengan di tamu harganya mencecah RM95 dan orang tetap beli.

“Jika penduduk di kampung ini membuat pakej seperti ini secara tetap dalam satu minggu tiga kali sudah tentu ramai yang datang sebab mereka minat makan ikan sungai. Tidak perlu pergi jauh, datang ke Kampung Monsorulun­g sahaja.

Thomas berkata mereka boleh datang ke Pejabat Daerah untuk memohon bantuan dalam bentuk promosi dan jika perlu tambahan ikan mereka boleh datang berjumpa Jabatan Perikanan daerah.

Beliau mahu penduduk kampung terus bekerjasam­a untuk menjayakan program itu. Mereka juga boleh memohon mesin pembuatan makanan ikan.

Beliau percaya kepimpinan di daerah ini melihat pelanconga­n adalah industri baharu dan mereka perlu menyokong usaha itu.

“Ini adalah satu program yang dilancarka­n oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

“Ini juga idea dan gagasan beliau. Sebab itulah siapa pemimpin yang menggantik­an beliau, mereka pasti akan meneruskan program ini.

“Kita tidak boleh bergantung kepada pertanian selamanya. Kita mesti cipta bidang baharu. Inilah aktiviti yang kita lihat di daerah Tambunan yang boleh menjaga alam sekitar selain memberi pendapatan kepada penduduk,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, wakil Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Idi Sapri, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno, Ketua Daerah OKK Philip Datuk Kitingan, Pegawai Perikanan Daerah Petrus Landong, Pegawai Pembanguna­n Daerah Laiwon Dalus, Ketua Penyelaras Mukim Lajiun Gunting dan Pengerusi JKKK Felicia Kuruput.

Kita menyokong penuh usaha ini dan antara lain yang kita buat ialah memohon peruntukan daripada Kementeria­n Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang telah meluluskan tandas berkembar dan sebuah pondok rehat.

 ??  ??
 ??  ?? THOMAS (dua kiri) mengetuai pegawai kerajaan lain melepaskan anak-anak ikan ke dalam sungai.
THOMAS (dua kiri) mengetuai pegawai kerajaan lain melepaskan anak-anak ikan ke dalam sungai.
 ??  ?? THOMAS (berdiri, tujuh dari kanan) bersama pegawai kerajaan dan penduduk selepas majlis itu.
THOMAS (berdiri, tujuh dari kanan) bersama pegawai kerajaan dan penduduk selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia