Utusan Borneo (Sabah)

Golongan pekerja perlu bijak merancang persaraan

Ia bertujuan mengelak kesulitan sebaik tiba hari persaraan akibat wang simpanan tidak ditadbir urus dengan baik

-

Kami mahu meningkatk­an tahap kesedaran dalam kalangan golongan bakal pencarum (pekerja). RONNEY KHAIRUDDIN Penasihat Khidmat Nasihat Persaraan KWSP Kuching

KUCHING: Golongan pekerja yang mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu bijak merancang persaraan bermula dari peringkat awal.

Ia bertujuan mengelak kesulitan sebaik tiba hari persaraan akibat wang simpanan tidak ditadbir urus dengan baik.

Penasihat Khidmat Nasihat Persaraan KWSP Kuching Ronney Khairuddin berkata pihaknya giat menjalanka­n program kesedaran tentang kepentinga­n perancanga­n persaraan.

“Kami mahu meningkatk­an tahap kesedaran dalam kalangan golongan bakal pencarum (pekerja).

“Supaya mereka lebih peka dalam pengurusan wang simpanan apabila bersara nanti,” katanya ketika ditemui, pada Ahad.

Menurut Ronney, setakat 2016, 65 peratus daripada pencarum KWSP yang berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.

Perkara ini amat membimbang­kan kerana jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung hidup pencarum pada hari tua.

Bagaimanap­un, Ronney menjelaska­n bahawa perancanga­n itu penting bagi mentadbir urus kewangan hasil caruman dengan KWSP.

“Ya tidak dinafikan, KWSP tidak mempunyai kuasa ke atas wang simpanan pekerja, namun cuma mampu memberi kesedaran kepada pencarum.

“Malah mereka juga boleh gunakan wang tersebut untuk dilaburkan, misalnya membeli rumah kedai untuk disewakan dan ia pasti memberikan hasil pulangan,” katanya.

Antara lain, bagi meningkatk­an jumlah simpanan, pekerja boleh memohon agar kadar pemotongan dinaikkan daripada lapan peratus kepada 11 peratus atau lebih.

Ronney berkata, dengan kaedah itu, wang simpanan akan bertambah, namun ia perlu melalui proses tertentu seperti melihat semula gaji bagi mengelak pekerja terbeban dengan kadar pemotongan.

Menurut beliau, KWSP menyasarka­n pencarum berusia 55 tahun mesti mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 bagi membolehka­n ia dikeluarka­n sebanyak RM950 sebulan sehingga usia 75 tahun.

Setakat ini, katanya hanya 21 peratus pencarum di seluruh negara telah mencapai wang simpanan sebanyak itu.

 ??  ?? PETUGAS KWSP ketika menerangka­n sesuatu kepada pengunjung yang hadir pada Program Perancanga­n Persaraan di Kuching.
PETUGAS KWSP ketika menerangka­n sesuatu kepada pengunjung yang hadir pada Program Perancanga­n Persaraan di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia