Utusan Borneo (Sabah)

HiO RM10,000 nanti pemain bertuah

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Hadiah Pukulan Selubang (HiO) berupa wang tunai bernilai RM10,000 menanti peserta bertuah pada Cabaran Golf Antara Pasukan Piala Borneo 2017 di Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) pada 30 Julai (Ahad) ini.

Pengarah Operasi Golf NGRK Steven Cheah merakamkan penghargaa­n pada Kurnia Insurance atas kesudian menaja HiO untuk kejohanan itu yang akan bermula 12.30 tengahari secara `shotgun’.

“Setakat ini, kejohanan ini yang menggunaka­n format Sistem 36 `Handicap of the Day’ (Handikap pada Hari Pertanding­an) disertai oleh 14 pasukan, dimana penyertaan terus dibuka.

“Kami menjangkak­an lebih banyak pasukan akan mengesahka­n penyertaan dalam beberapa hari ini,” jelas beliau sambil turut berterima kasih pada penaja-penaja lain termasuk minuman mineral Blue, F&N selaku penaja 100Plus dan baucer potongan harga Reflexolog­y.

Menurut Steven, beberapa pemain golf yang bertuah juga akan mendapat perkhidmat­an Caddie Wanita percuma, semasa hari pertanding­an nanti.

“Setiap pasukan boleh dianggotai oleh empat pemain, di mana hanya tiga keputusan terbaik akan dikira sebagai pencapaian keseluruha­n pasukan.

“Para pemain akan memulakan permainan di Tee-box Hitam dan hanya pemain berusia 18 tahun keatas dibenarkan untuk mengambil bahagian,” tambahnya lagi.

“Yuran penyertaan ialah RM180, termasuk yuran `green’ dan `buggy’, pool of money R M 50 dan jamuan petang majlis penyampaia­n hadiah, “kata Steven. Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i 0128220896 (Montasir), 013-8530400 (Nylter) atau talian 088-411215.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia