Utusan Borneo (Sabah)

Takad Nabalu sedia bantu kembalikan kegemilang­an bola sepak Sabah

Kembalikan kegemilang­an bola sepak Sabah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu sedia membantu mengembali­kan kegemilang­an bola sepak Sabah asalkan mendapat kerjasama semua pihak memastikan pembanguna­n sukan itu dibuat secara menyeluruh.

Presidenny­a Datuk James Ratib berkata perancanga­n serta komitmen tinggi dapat membantu usaha melahirkan pemain-pemain pelapis sebelum diketengah­kan beraksi sehingga ke peringkat negeri mahu pun kebangsaan.

Beliau menaruh keyakinan tinggi sekiranya program pembanguna­n bola sepak dilakukan melalui kaedah terbaik dan berstrateg­ik adalah tidak mustahil imej sukan bolasepak negeri ini yang suatu ketika dahulu digeruni mampu memberikan saingan sengit semula.

“Usaha mencungkil bakat-bakat baharu melalui penganjura­n kejohanan bolasepak perlu diperhebat­kan dengan harapan lebih ramai anak muda dapat diketengah­kan ke peringkat profesiona­l sekali gus berupaya mengembali­kan kegemilang­an mutu bola sepak Sabah,” katanya.

James berkata penganjura­n lebih banyak kejohanan di peringkat daerah seperti menjelajah ke satu-satu tempat termasuk kawasan luar bandar mampu menggilap potensi anak-anak muda kerana negeri ini juga tidak pernah ketandusan bakat dalam sukan bolasepak.

“Penganjura­n kejohanan seperti ini dapat membantu melahirkan pemain-pemain muda yang berkualiti dan berpotensi diketengah­kan ke peringkat tinggi kerana jika dilihat daripada aksi permainan yang mereka tunjukkan, nampaknya ada prestasi tersendiri,” katanya.

Beliau percaya imej sukan bola sepak negeri ini yang suatu ketika dahulu begitu digeruni mampu dikembalik­an semula sekiranya semua pihak melaksanak­an pembanguna­n bola sepak Sabah dengan lebih bersepadu, terancang dan berstrateg­ik.

“Justeru, Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu sedia bekerjasam­a dengan Persatuan Bekas-Bekas Pemain Bola Sepak Sabah ataupun PBBS bagi memartabat­kan kembali sukan bola sepak negeri ini menerusi program pembanguna­n bola sepak bakal kita laksanakan nanti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut menjelaska­n kita perlu menggemble­ng usaha dan tenaga bersamasam­a demi membantu memartabat­kan mutu sukan bolasepak di negeri Sabah.

“Sebab itulah, Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu melalui Biro Sukan yang ada akan mengadakan lebih banyak kejohanan dengan harapan mampu melahirkan pemain-pemain muda yang boleh diketengah­kan dalam arena sukan bola sepak Sabah nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Kejohanan Bola Sepak B21 Tahun Belia Sabah Piala Takad Nabalu (Sandakan, Beluran, Kinabatang­an) anjuran bersama Biro Sukan, Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu dan PBBS di Padang Sintetik, Kompleks Sukan Sandakan, dekat sini Sabtu.

Hadir sama Presiden PBBS yang juga legenda bola sepak Sabah Datuk James Wong, Timbalan Presiden PBBS merangkap Pengerusi Penganjur Kejohanan Azman Mastar dan dua lagi legenda bola sepak Sabah, Datuk Hassan Sani serta Matlan Marjan termasuk Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman, Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat dan barisan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) Takad Nabalu.

Terdahulu Azman ketika berucap berkata, kejohanan ini amat bermakna memandangk­an ianya satu sesi pemilihan pemain negeri bawah 21 tahun yang turut dilakukan oleh bekas-bekas pemain negeri yang berpengala­man dan berkaliber dalam sukan bola sepak di peringkat negeri dan kebangsaan suatu masa dulu.

Beliau teruja dan mengucapka­n selamat datang di atas kehadiran bekas-bekas pemain negeri yang diketuai oleh Datuk James Wong selaku Presiden PBBS yang dikenali suatu ketika dahulu sebagai ‘Raja Bola Sabah’.

“Jawatankua­sa pemilihan pemain bawah 21 tahun ini diketuai oleh bekas jurulatih negeri, Stanley Chew dan juga turut dianggotai tujuh lagi bekas pemain seperti Datuk Hassan Sani, Razali Zinin, Matlan Marjan dan ramai lagi,” katanya.

Menurutnya, pemilihan pesat ini untuk membolehka­n Sabah membentuk satu pasukan bola sepak yang benar-benar kuat dan ampuh bagi ditonjolka­n di bawah Piala Presiden Safa seterusnya penampilan di peringkat kebangsaan kelak.

Jelasnya, sasaran mewujudkan pasukan negeri bawah 21 tahun adalah berlandask­an kepada aspirasi, misi dan visi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman selaku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa).

Beliau berkata, Musa bukan sahaja terus melakukan pelbagai tugas dan perancanga­n strategik untuk melihat kelahiran pemain bolasepak yang berbakat dan berdaya saing tetapi juga sudah tentu mahu mengembali­kan kegemilang­an Sabah ‘Power House’ kepada sukan bolasepak bukan hanya di Sabah namun di peringkat kebangsaan dan Asia Selatan.

Pada kejohanan berkenaan, pasukan bawah 21 tahun Beluran muncul sebagai juara manakala Kinabatang­an dan Sandakan berada di tempat kedua dan ketiga.

Dua pemain dari pasukan bola sepak Beluran telah berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik sementara seorang pemain bola sepak Sandakan memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak.

Program yang dimeriahka­n dengan persembaha­n nyanyian oleh artis-artis tempatan itu juga turut diserikan dengan kehadiran Ratu Unduk Ngadau Sabah 2017 bersama-sama finalis lain yang melapangka­n masa hadir sekali gus menyerikan suasana kejohanan tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? JAMES menerima cenderahat­i daripada James Wong serta para pemain bekas pemain negeri.
JAMES menerima cenderahat­i daripada James Wong serta para pemain bekas pemain negeri.
 ??  ?? JAMES bergambar kenangan bersama jawatankua­sa Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu.
JAMES bergambar kenangan bersama jawatankua­sa Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu.
 ??  ?? PASUKAN Beluran bergambar bersama James serta tetamu kehormat pada majlis itu.
PASUKAN Beluran bergambar bersama James serta tetamu kehormat pada majlis itu.
 ??  ?? JAMES menyerahka­n jersi kepada pasukan Kinabatang­an.
JAMES menyerahka­n jersi kepada pasukan Kinabatang­an.
 ??  ?? JAMES melakukan sepak mula kejohanan.
JAMES melakukan sepak mula kejohanan.
 ??  ?? JAMES bersama pasukan Sandakan.
JAMES bersama pasukan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia