Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Sukan SMK Sugut, Beluran

Rumah Saga muncul juara keseluruha­n sukan SMK Terusan Sugut, Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Kontinjen Rumah Saga muncul juara keseluruha­n pada Kejohanan Balapan dan Padang (BdP) Kali Ke-29, 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan Sugut yang berlangsun­g di padang sekolah itu.

Kejohanan dua hari itu dianjur dan dikelolaka­n oleh Unit Sukan dan Kokurikulu­m SMK Terusan Sugut (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan) yang diketui oleh Penolong Kanan Kokurikulu­m Azman Asari serta Pengarah Sukan, Martin Amat.

Kejuaraan itu disifatkan sebagai pengakhira­n kemarau juara 10 tahun bagi rumah Saga apabila kali terakhir menjuarai sukan sekolah pada tahun 2007.

Rumah Saga diketui Cikgu Auzellea Kristin Mozihim berjaya mengunggul­i kejohanan itu dengan memenangi 16 pingat emas, 13 perak dan 12 gangsa serta menjadi juara bagi pertanding­an perbarisan kontinjen rumah sukan.

Naib johan keseluruha­n dimenangi kontinjen Rumah Waja yang diketuai Khairul Azri Tajudin dengan kutipan 14 emas, 18 perak dan 6 gangsa.

Tempat ketiga disandang Rumah Satria yang diketuai Mohd Adnin Zulkefli dengan pencapaian 13 pingat emas, 11 perak dan 13 gangsa.

Rumah Wira yang diketuai Richard Joanes menduduki tempat ke-4 apabila hanya mampu meraih 11 pingat emas, 12 perak dan 22 gangsa.

Anugerah olahragawa­n bagi kategori lelaki bawah 15 tahun disandang oleh Alven Amat dari Rumah Waja yang telah memenangi 3 pingat emas melalui acara 100 meter, 4 X 400 meter dan lompat jauh.

Norlila Kisuang dari Rumah Saga pula dinobatkan sebagai penerima anugerah olahragawa­ti bawah 15 tahun dengan pencapaian 3 pingat emas melalui acara lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang.

Olahragawa­n lelaki bawah 18 tahun dinobatkan kepada Anddy Amat dari Rumah Saga yang meraih pencapaian cemerlang memenangi 2 pingat emas melalui acara lempar cakera dan lontar peluru dan memecahkan rekod sekolah dalam acara lontar peluru.

Sahidah Sani pula dipilih sebagai olahragawa­ti perempuan bawah 18 tahun selepas cemerlang meraih 4 pingat emas dalam acara 200 meter, 4 X 100 meter, 4 X 400 meter dan lompat jauh dan 1 pingat perak melalui acara 1,500 meter.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Terusan Sugut, Azman Asari berkata matlamat utama kejohanan itu adalah untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang sukan olahraga dan balapan untuk mewakili sekolah ke temasya sukan peringkat daerah Beluran tahun depan (2018).

Katanya, SMK Terusan Sugut mempunyai ramai pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan dan juga dalam bidang akademik.

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 membuktika­n pencapaian akademik pelajar setara dengan pencapaian pelajar dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulu­m.

Menurutnya, sukan olahraga merupakan salah acara tahunan dalam bidang kokurikulu­m dan pelaksanaa­nnya selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenal­kan oleh Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2011.

Selain itu, ia juga menepati kehendak ‘Enam Aspirasi Murid’ dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025.

Berucap merasmikan kejohanan itu, Pengetua SMK Terusan Sugut, Pandir Lodah menyifatka­n kejayaan pengelolaa­n sukan tahunan pada tahun ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi antara guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa serta para pelajar.

Katanya, pencapaian akademik selepas aktiviti sukan menjadi agenda utama pihak pentadbir dan para guru untuk memastikan kecemerlan­gan tahun-tahun lalu dapat dikekalkan dan boleh dipertingk­atkan lagi ke satu tahap yang lebih cemerlang.

“Agenda pendidikan di sekolah ini akan tetap diteruskan selepas ini untuk memastikan kecemerlan­gan para pelajar dapat dicapai dan ia merupakan peranan semua pihak untuk menjayakan­nya”, katanya.

Menurutnya, budaya sukan di sekolah adalah pelengkap kecemerlan­gan dalam sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial ke arah pembinaan negara bangsa.

Kejohanan tersebut turut disaksikan oleh beberapa wakil ketua pemimpin kampung dari Kg Terusan Sugut, Kg Pantai Boring serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Terusan Sugut dan SK Pantai Boring, Beluran.

Hadir sama ialah Penolong Kanan (Pentadbira­n) SMK Terusan Sugut, Marjan Ayunok.

Untuk rekod, SMK Terusan Sugut merupakan satu-satunya Sekolah Kluster Kecemerlan­gan di daerah Beluran dan merupakan sekolah pedalaman di Sabah yang berstatus Pedalaman Tiga (P3).

SMK Terusan Sugut mula beroperasi pada tahun 1984 dan kini seramai hampir 300 orang pelajar, 22 orang guru dan empat Anggota Khidmat Sokongan (AKS).

PANDIR LODAH Pengetua SMK Terusan Sugut Beluran (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan)

Budaya sukan di sekolah adalah pelengkap kecemerlan­gan dalam sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial ke arah pembinaan negara bangsa.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kontinjen rumah Waja bersama guru penasihat rumah sukan.
SEBAHAGIAN kontinjen rumah Waja bersama guru penasihat rumah sukan.
 ??  ?? PANDIR (kanan) ketika menyampaik­an hadiah kepada pemenang pada hari pertama kejohanan.
PANDIR (kanan) ketika menyampaik­an hadiah kepada pemenang pada hari pertama kejohanan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN petugas kejohanan sukan tahunan SMK Terusan Sugut 2017 kelihatan begitu ceria dan penuh bersemanga­t.
SEBAHAGIAN petugas kejohanan sukan tahunan SMK Terusan Sugut 2017 kelihatan begitu ceria dan penuh bersemanga­t.
 ??  ?? BACAAN Ikrar Kejohanan oleh Sh Mohd Hafizuddin Sh Ali (tengah) ketika Majlis Pembukaan kejohanan itu.
BACAAN Ikrar Kejohanan oleh Sh Mohd Hafizuddin Sh Ali (tengah) ketika Majlis Pembukaan kejohanan itu.
 ??  ?? PANDIR berucap merasmikan penutupan kejohanan itu.
PANDIR berucap merasmikan penutupan kejohanan itu.
 ??  ?? NORLILA Kisuang menyempurn­akan penyalaan obor kejohanan pada Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan itu.
NORLILA Kisuang menyempurn­akan penyalaan obor kejohanan pada Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan itu.
 ??  ?? SAHIDAH Sani menamatkan acara larian 1,500 meter pada hari pertama kejohanan dengan jayanya untuk merangkul pingat emas.
SAHIDAH Sani menamatkan acara larian 1,500 meter pada hari pertama kejohanan dengan jayanya untuk merangkul pingat emas.
 ??  ?? PENGARAH Kejohanan, Martin Mmat (kiri) menyampaik­an taklimat bagi acara 1, 500 meter Perempuan A (bawah 18 tahun).
PENGARAH Kejohanan, Martin Mmat (kiri) menyampaik­an taklimat bagi acara 1, 500 meter Perempuan A (bawah 18 tahun).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia