Utusan Borneo (Sabah)

32 kelab bola sepak Labuan rebut RM5000

-

LABUAN: Sebanyak 32 pasukan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 sempena Pertanding­an Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2017 bagi merebut Piala Ahli Parlimen P166 Labuan.

Pengerusi Media dan Perhubunga­n Awam Liga Bolasepak Komuniti Labuan 2017, Adnan Talipudin berkata pertanding­an tersebut terbuka kepada kelab-kelab yang berada di Wilayah Persekutua­n Labuan sahaja.

Katanya, sebanyak 32 pasukan sudah pun mengesahka­n untuk bermain dalam edisi ke-2 pada tahun ini.

“Pasukan tersebut dibahagika­n kepada 8 kumpulan A hingga H. Setiap kumpulan mempunyai empat pasukan yang diketuai oleh satu pasukan pilihan iaitu kelab-kelab yang berjaya mara ke peringkat suku akhir musim lalu,”katanya.

Adnan berkata pada pusingan pertama setiap pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan, johan dan naib johan kumpulan secara automatik akan ke peringkat pusingan yang kedua.

Jelas Adnan, bayaran untuk pengadil perlawanan dan juga padang dikongsi pembayaran­nya oleh kedua-dua pasukan kelab yang bermain pada setiap perlawanan.

Naib juara akan meraih RM3,000 manakala ketiga RM1,000 di samping trofi dan medal.

Pertanding­an tersebut dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Kelab Sukan dan Kebajikan JKR dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Labuan yang dipengerus­ikan Tarmiji Wahab selaku Ketua Biro Kelab Sukan JKR Labuan.

Juara edisi yang pertama 2016 iaitu Kelab ST Labuan FC akan menentang pasukan Kelab KEBAL FC pada perlawanan pembukaan pada 29 Julai (Sabtu) bermula jam 3.30 petang di Stadium Kompleks Sukan Labuan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia