Utusan Borneo (Sabah)

PDRM Keningau tandatanga­ni IBR

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Polis Diraja Malaysia PDRM di sini menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Lebih 200 anggota polis termasuk pegawai awam ibu pejabat polis daerah ini menandatan­gani IBR yang diadakan di Dewan Sri Keningau IPD Keningau di hadapan Ketua Cawangan SPRM Keningau Suriati Sukardi.

Ketika ditemui pada selepas majlis itu di IPD Keningau, Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata PDRM keningau akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berkaitan pencegahan rasuah bagi memerangi gejala rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai awam polis.

“Selepas ini, pihak PDRM Keningau akan meneruskan kerjasama dengan agensiagen­si yang terlibat dengan pencegahan­rasuahkhus­usnya SPRM dan juga Institut Integriti Malaysia (IIM) dan juga agensi yang lain.

“Dalam PDRM juga telah ditubuhkan satu jabatan yang bertanggun­gjawab menangani rasuah iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang memantau pegawai serta anggota serta pegawai awam PDRM sendiri, agar bebas daripada rasuah,” katanya.

Terdahulu, Ahmad telah menyampaik­an perutusan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata, PDRM tidak akan bertoleran­si dan membiarkan gejala rasuah menular di dalam pasukan, serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegaskeata­smana-manapihak yang cuba berkomprom­i dalam isu rasuah.

Katanya, dalam melaksanak­an peranan itu, PDRM harus menjadikan elemen integriti sebagai tonggak serta amalan dalam setiap tugas dan tanggungja­wab yang dilaksanak­an. Ia adalah penting demi menjaga imej dan kredibilit­i pasukan.

Sementara itu, majlis IBR yang diadakan secara serentak di semua kontinjen seluruh negara pada Isnin adalah sebagaisat­uusahapenc­egahan dalam menangani sebarang kemungkina­n berlakunya gejala rasuah dalam kalangan warga PDRM.

 ??  ?? ANGGOTA PDRM Keningau melafazkan IBR.
ANGGOTA PDRM Keningau melafazkan IBR.
 ??  ?? AHMAD menandatan­gani IBR sambil diperhatik­an Suriati.
AHMAD menandatan­gani IBR sambil diperhatik­an Suriati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia