Utusan Borneo (Sabah)

Selangor catat kes tertinggi

697 kes pembuangan bayi direkod tempoh 2010-2016

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 697 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh 2010 hingga 2016 dengan Selangor mencatatka­n kes tertinggi pada 157 kes, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarka­n statistik Polis Diraja Malaysia, negeri lain yang merekodkan kes tertinggi ialah Sabah dan Johor dengan masing-masing 84 kes, diikuti Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49).

Beliau berkata sebanyak 91 kes dicatatkan pada 2010; 98 kes pada 2011 dan menurun kepada 89 kes pada 2012.

“Jumlah kes meningkat semula pada 2013, 2014, 2015 dan 2016 iaitu masingmasi­ng 90 kes, 103 kes, 111 kes dan 115 kes,” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada sesi pertanyaan jawab lisan.

Menjawabso­alantambah­an Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput), Rohani berkata sebanyak 35 bayi ditinggalk­an di fasiliti ‘baby hatch’ sepanjang tempoh sama.

Mengenai isu kerakyatan bayi yang terdampar atau ditinggalk­an di fasiliti itu, Rohani berkata pemberian kerakyatan tertakluk kepada Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n di bawah bidang kuasa Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanap­un katanya kementeria­n melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan kebajikan bayi terbabit terbela denganmene­mpatkan mereka di institusi JKM atau keluarga pelihara sebelum membantu dalam proses permohonan kerakyatan.

“Ini termasuk menguruska­n terlebih dahulu permohonan Daftar Lewat Kelahiran di Jabatan Pendaftara­n Negara bagi kanakkanak yang ditinggalk­an dan belum memperoleh sijil kelahiran selain menguruska­n permohonan kewarganeg­araan kanakkanak yang belum ditentukan kewarganeg­araan dengan memanjangk­an permohonan kepada KDN,” katanya.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia