Utusan Borneo (Sabah)

Harapan anak muda untuk masa hadapan CM Tawau

-

ANAK muda Tawau menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutua­n memberi peruntukan RM2 juta untuk membina semula bangunan Central Market (CM) Tawau.

Sebahagian CM Tawau yang dikenali Pasar Gantung, dilanda kebakaran pada 14 Julai sehingga menyebabka­n 77 unit gerai musnah dan struktur asal bangunan itu turut terjejas.

Keputusan itu diumumkan pada 22 Julai oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa mengadakan lawatan kerjanya ke daerah ini.

Terdahulu, Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipil berkata usaha membina semula itu akan dibuat sebaik menerima peruntukan Kerajaan Persekutua­n.

Menurutnya, struktur bangunan baharu kelak akan diberikan nilai tambah termasuk penambahan motif kepelbagai­an etnik budaya yang terdapat di Tawau.

Pemuda asal Tawau yang bekerja di pelantar minyak dan gas rantau Kaukasian di Turkmenist­an, Abd Salam Kadirun, 37, optimis langkah itu akan memberikan impak positif kepada Tawau keseluruha­nnya.

“Kita percaya CM Tawau akan menjelma sebagai mercu tanda yang memantapka­n lagi kekayaaan budaya dalam seni binaan untuk menjadi warisan generasi akan datang.

“Sekaligus, menjadi satu lagi pusat daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Tawau serta identiti budaya dan suku kaum di daerah ini,” katanya.

Abd Salam berharap MPT dapat menyediaka­n sebuah pusat informasi sebagai rujukan untuk orang luar mengenai maklumat berkaitan keindahan, sejarah dan budaya setempat.

Menurutnya, kawasan laluan berhampira­n CM Tawau juga berpotensi dijadikan sebagai tapak bazar pada hujung minggu sama seperti Gaya Street di Kota Kinabalu.

“Pada hari tertentu, para peniaga di CM Tawau juga boleh memakai pakaian yang melambangk­an budaya masing-masing untuk menonjolka­n daerah ini sebagai pusat pertembung­an budaya,” katanya.

Inisiatif sedemikian ada dipraktikk­an oleh para peniaga bazar di beberapa buah negara Kaukasian, dan berjaya menimbulka­n keunikan bazar di negaranega­ra terbabit.

Malah, beliau berkata kemahiran peniaga bazar menyediaka­n produk seperti minuman atau makanan tradisi dan moden juga boleh dimanfaatk­an sebagai daya tarikan tambahan.

“Semenjak balik dari luar negara, saya dapati ada remaja di daerah ini yang mempunyai kemahiran menggoncan­g ais dalam cawan tertutup sebelum dijual kepada pelanggan.

“Kemahiran sebegini sebenarnya popular dalam kalangan penjual minuman di Mehmet Bazar Turki yang secara tidak langsung menarik perhatian pengunjung luar,” katanya.

Timbalan Pengerusi Gabungan Anak Seni Kreatif Tawau (Gasket) Riswanazri­nata A.Tamjit, 37, berharap CM Tawau mengambil contoh pendekatan di CM Kuala Lumpur.

Peranan CM Kuala Lumpur bukan hanya menjadi tempat peniaga kecil berniaga tetapi turut menyediaka­n peluang kepada bakat-bakat seni mengekspre­sikan karya mereka.

“Kita berharap CM Tawau akan turut dilengkapi dengan pentas mini seperti di CM Kuala Lumpur, dan memberi peluang kepada anak-anak seni tempatan menunjukka­n bakatnya.

“Begitu juga, pengenalan sudut seni kreatif misalnya kepada buskers, artis seni arca dan lukisan, band-band tempatan, pendeklama­si puisi dan lakonan pentas,” katanya.

Riswanazri­nata optimis pendekatan itu akan dapat mencipta lokasi baharu untuk para pelancong dan pengunjung luar mencari bahan hiburan sisi baharu di daerah ini.

Secara tidak langsung mewujudkan tarikan pelanconga­n yang baharu, serta tidak mustahil akan membawa kepada penganjura­n acara-acara kesenian pada skala yang lebih besar.

“Tawau memiliki bakat seni yang ramai tetapi sukar mencari platform, dan jika langkah sebegini dapat diambil, sudah pasti akan merancakka­n lagi perkembang­an positifnya.

“Lebih-lebih lagi lokasi CM Tawau yang terletak berhampira­n dengan hotelhotel dan pusat penginapan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Biro Publisiti dan Promosi Persatuan Usahawan Belia Tawau (PUBT) Muahlim Lise, 33, melihat perkembang­an terbaharu itu peluang anak muda aktif dalam seni kraftangan.

Ketika ini, kebanyakan produk yang dipasarkan di CM Tawau terlalu bergantung dengan kraftangan yang diimport dari negara luar seperti Indonesia dan Filipina.

“Mungkin dengan adanya perubahan baharu di CM Tawau nanti boleh mempromosi­kan kraftangan asal Tawau hasil sentuhan orang kita sendiri,” katanya.

Muahlim yang juga seorang pentadbir halaman media sosial berkata kecenderun­gan netizen merakamkan gambar juga sewajarnya dimanfaatk­an CM Tawau.

“Kita lihat ramai netizen yang gemar memuatnaik gambar di media sosial, dan jika ada bahan menarik yang boleh ditawarkan tentunya peluang mempopular­kannya lebih tinggi.

“Setakat ini, kita melihat Tawau seperti hilang dari radar tumpuan pelancongp­elancong luar negara dan tempatan, justeru besar harapan supaya situasi ini berubah,” katanya.

Beliau berkata CM Tawau juga boleh menjadi tumpuan untuk penggemarp­enggemar barang-barang antik yang mempunyai khalayak peminat cukup ramai di dunia.

Sekiranya elemen tempatan dan antarabang­sa mampu digabungka­n, pemuda ini percaya CM Tawau mampu memainkan peranannya sebagai tarikan utama pelancong ke Tawau.

 ??  ?? ZIARAH: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli (tengah) yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud menziarahi Ketua Cawangan Umno Mandap, Wahit Bayuhan yang masih telantar sakit di rumahnya di Kampung Mandap,...
ZIARAH: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli (tengah) yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud menziarahi Ketua Cawangan Umno Mandap, Wahit Bayuhan yang masih telantar sakit di rumahnya di Kampung Mandap,...
 ??  ?? JAINAB (empat dari kiri) menerima kejutan memotong kek sempena ulangtahun kelahiran pada Sabtu.
JAINAB (empat dari kiri) menerima kejutan memotong kek sempena ulangtahun kelahiran pada Sabtu.
 ??  ?? CM TAWAU bakal berubah wajah dan akan dibangunka­n dengan suntikan elemen budaya pada struktur bangunanny­a.
CM TAWAU bakal berubah wajah dan akan dibangunka­n dengan suntikan elemen budaya pada struktur bangunanny­a.
 ??  ?? MUAHLIM
MUAHLIM
 ??  ?? RISWANAZRI­NATA
RISWANAZRI­NATA
 ??  ?? ABD SALAM
ABD SALAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia