Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Juara Lagu Melayu Melanau di BCF, malam ini

-

PERTANDING­AN akhir Anugerah Juara Lagu Melayu Melanau (AJLMM) 2017 akan berlangsun­g di Pentas Melayu Melanau Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), di Dataran Bandar Sibu pada malam ini (26 Julai 2017).

Bermula jam 8 malam, pertanding­an akhir itu menyaksika­n lapan lagu Melayu dan enam lagu Melanau akan berentap sesama sendiri.

Lagu Melayu yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah ‘Buah Sukma Ku’ yang dinyanyika­n oleh Azlan Median, ‘Transforma­si’ (Putera Al Haq), ‘Miak Kinek Tuk’ (Emma B) dan ‘Serambi Cinta’ (Putera Al Haq).

Turut bertanding adalah ‘Gerbang Syurga’ (Puteri Balqis), ‘Elergi Cinta Luka’ (Salwasaini Wawa), ‘Bejana Cinta Terlarang’ (Yati Alias) dan ‘Pelamin Kita’ (Emma B).

Sementara lagu Melanau yang melangkah ke pertanding­an akhir ialah ‘Sai Kudok Gk Giyen’ (AKJ), ‘Jerau Jenasang’ (Fifi Feeqah Ikhwan) dan ‘Joget Bilem Manis’ (AKJ).

Turut bertanding ialah ‘Melano Telo’ (Sufi Ahmad), ‘Takdir’ (Feeqah Mdanis) dan ‘Beraie’ (Sufi Ahmad).

Lagu-lagu ini antara lain dicipta Datuk Mai, Amarneng, Noriah Haron, Basmawi, Fifi Maisarah, Subry Mikael dan Saudi Juli. Pertanding­an separuh akhir AJLMM telah berlangsun­g di Giant Hypermarke­t pada 15 Julai lepas, menyaksika­n 19 buah lagu Melayu dan 10 lagu Melanau telah berentap. Pengerusi penganjur AJLMM 2017, Anis Ili berkata, ini merupakan julung kali anugerah seperti itu dianjurkan di sini. “AJLMM 2017 dianjurkan bagi memertabat­kan industri lagu Melayu dan Melanau,” ujarnya yang aktif dalam seni hiburan di negeri ini. Selain itu katanya, anugerah juga bagi mempromosi­kan lagu Melayu Melanau tempatan agar dikenali dikalangan peminat tempatan.

 ??  ??
 ??  ?? EMMA B
EMMA B
 ??  ?? MALAM INI: Datuk Mai (kanan) bersama Fifi Maisarah.
MALAM INI: Datuk Mai (kanan) bersama Fifi Maisarah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia