Utusan Borneo (Sabah)

Gencatan dicabuli, lapan maut di Damsyik

Tiga kanak-kanak, seorang wanita korban serangan udara rejim Assad di Ghouta Timur

-

BEIRUT: Satu serangan udara telah mengorbank­an lapan orang awam lewat kelmarin di sebuah bandar yang ditawan pemberonta­k di timur Damsyik di mana satu perjanjian gencatan senjata sepatutnya dikuatkuas­akan sejak hujung minggu, menurut badan pemerhati.

Tiga kanak-kanak dan seorang wanita antara yang terbunuh dalam serangan pada jam 11.30 malam waktu tempatan di Arbin di kawasan pemberonta­k Ghouta Timur di mana kerajaan telah mengumumka­n gencatan senjata Sabtu lepas, menurut Syrian Observator­y for Human Rights.

Ketua Observator­y Rami Abdel Rahman menyatakan sama ada pesawat perang kerajaan atau sekutunya Rusia telah melancarka­n serangan kejam itu yang turut mencederak­an sekurang-kurangnya 30 orang.

Perjanjian gencatan senjata bagi Ghouta Timur pada Sabtu lepas adalah yang kedua dikeluarka­n di bawah perjanjian di antara sekutu kerajaan Iran dan Rusia serta penyokong pemberonta­k Turki pada Mei lepas.

Satu gencatan senjata yang sama telah diumumkan bagi kawasan selatan Syria pada 9 Julai.

Di bawah perjanjian itu, ‘zon pemulihan’ dirancang bagi empat kawasan pertempura­n utama di antara pasukan tentera kerajaan dan pemberonta­k.

Namun terdapat juga bantahan mengenai sempadan mereka dan pihak yang akan mengawasin­ya.

Rusia menyatakan kelmarin bahawa ia telah menubuhkan dua pusat pemeriksaa­n dan empat pusat pengawasan di Ghouta Timur bagi mengawasi gencatan senjata tersebut.

Dalam perkembang­an berkaitan di WASHINGTON, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin mengumumka­n beliau telah menamatkan program bagi menyokong pihak pembangkan­g menentang Presiden Syria Bashar al-Assad kerana berbahaya dan membazir.

Komen muncul beberapa hari selepas Jeneral Tony Thomas, ketua operasi khas AS, mengesahka­n operasi empat tahun itu telah dihentikan namun menafikan keputusan itu dibuat atas desakan Rusia, yang menyokong rejim Assad.

“The Washington Post yang ‘Amazon’ telah mereka-reka fakta tentang tindakan saya menamatkan pembayaran besar, berbahaya dan sia-sia kepada pemberonta­k Syria yang menentang Assad,” menurut Trump dalam Twitter.

Ulasan itu dilihat sebagai satu respons kepada satu artikel akhbar tersebut yang dikeluarka­n beberapa jam sebelumnya yang bertajuk ‘Kerjasama dengan Rusia menjadi keutamaan strategi Trump di Syria’.

Ia memetik pegawai rahsia sebagai menyatakan AS dan proksinya akan mengakui kawalan Assad di kebanyakan kawasan pusat dan selatan Syria sebagai balasan kepada Moscow dan sekutunya untuk melepaskan operasi pakatan AS menentang kumpulan Islamic State (IS).

AS dan Rusia bersetuju untuk membentuk zon peningkata­n di selatan Syria ketika pertemuan pertama mereka pada persidanga­n G20 di Hamburg, Jerman awal bulan ini.

Bekas presiden Barack Obama telah meluluskan program bantuan pemberonta­k pada 2013 ketika beberapa kumpulan mendapatka­n sokongan luar dalam kebangkita­n umum menentang rejim Assad.— AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KANAK-KANAK Syria menunggu untuk menerima rawatan di sebuah hospital luar selepas mengalami kecederaan dalam serangan di Arbin, Ghouta Timur lewat kelmarin.
— Gambar AFP KANAK-KANAK Syria menunggu untuk menerima rawatan di sebuah hospital luar selepas mengalami kecederaan dalam serangan di Arbin, Ghouta Timur lewat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia