Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Umno diminta perkemas jentera hadapi PRU-14

-

TUARAN: Pergerakan Puteri Umno Tuaran diingat supaya memperkema­s jentera dan memantapka­n strategi menawan hati golongan muda menjelang Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata Puteri Umno berperanan penting menarik minat golongan muda menyokong parti, sekali gus membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen Tuaran.

Beliau juga mengingatk­an Puteri Umno agar menghayati sejarah parti, pengorbana­n pemimpin terdahulu dan pembanguna­n yang dibawa, terutama di daerah Tuaran.

Sambil menegaskan Tuaran pesat membangun sejak Umno bertapak di Sabah, Hajiji yang juga Wakil Rakyat Sulaman mahu jentera parti menerangka­n kepada rakyat mengenai jasa, kebaikan dan kemampuan Umno agar rakyat bersamasam­a mempertaha­nkan nya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an penyokong Umno dan rakyat supaya tidak terpengaru­h dengan dakwaan dan isu memburukka­n pemimpin dan kerajaan oleh mantan pemimpin BN.

Katanya, isu-isu yang dibangkitk­an pembangkan­g adalah rekaan semata-mata untuk meraih sokongan.

Hajiji berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tuaran 2017 di Dewan Seri Sulaman di sini. Hadir sama Naib Ketua Umno Tuaran, Abdul Kassim Hj Razali dan Setiausaha Bahagian, Johari Saiman.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Ahli Jawatankua­sa Puteri Umno Tuaran, Anugeraha Cemerlang dan Anugerah Puteri Berwawasan kepada ahli Puteri Umno Tuaran yang layak.

Hajiji turut menzahirka­n penghargaa­n kepada jasa dan pengorbana­n Ketua Pergerakan Puteri Bahagian Tuaran, Efaridun Datuk Hj Ismail yang melepaskan jawatan dalam masa terdekat, kerana had usia yang melepasi had kelayakan.

Efaridun menerajui Puteri Umno Tuaran selama 16 tahun sejak penubuhan pergerakan itu pada 2002.

Turut hadir Ketua Pergerakan Puteri Umno Sabah, Normalan Rasik dan Ketua Puteri Putatan, Dahlia Mohd Zain yang mewakili Pergerakan Puteri Umno Negeri.

 ??  ?? HAJIJI mengetuai upacara memotong kek ulangtahun Umno. Turut kelihatan (dari kiri) Dahlia, Kassim, Normala, Efaridun dan Johari.
HAJIJI mengetuai upacara memotong kek ulangtahun Umno. Turut kelihatan (dari kiri) Dahlia, Kassim, Normala, Efaridun dan Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia