Utusan Borneo (Sabah)

Jenayah di Papar menurun, berkurang hingga 50 peratus sehingga Julai

Berkurang sehingga 50 peratus sehingga Julai

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Kadar jenayah di sini semakin berkuranga­n sebanyak 40 sehingga 50 peratus dalam statistik bermula Januari sehingga Julai.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ra z aru di nH u sain berkata, jumlah ini dijangka dapat dikurang dan dibendung sehingga September melalui pelantikan Ketua Polis Daerah Papar baharu yang mempunyai pengalaman dalam bidang jenayah selama kira-kira 15 tahun.

Katanya, Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman sebagai Ketua Polis Daerah Papar baharu sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu sejak 2014 sehingga Julai.

“Penurunan jenayah akan berterusan melalui kepimpinan kepolisan itu sendiri yang akan diteruskan dalam kalangan masyarakat termasukla­h penguranga­n jenayah dan khidmat komuniti di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Papar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, di sini pada Jumaat.

Razarudin berkata, keanggotaa­n di IPD Papar mencukupi untuk membendung kegiatan jenayah di daerah yang mempunyai kira-kira 300 ribu penduduk tambahan pula tahap takut dan kewaspadaa­n masyarakat dalam jenayah masih rendah.

“Jenayah masih dapat dibendung berikutan Papar adalah daerah yang selamat tanpa sebarang ancaman.

“Tahap ketakutan jenayah yang semakin berkuranga­n juga disebabkan keprihatin­an masyarakat itu sendiri dan ada ketika mereka meninggalk­an kereta tanpa dikunci dan tidak dicuri.

“Keadaan ini bukan disebabkan masyarakat tidak faham dengan perlakuan serta bahaya jenayah tetapi ianya disebabkan keyakinan masyarakt itu sendiri terhadap tahap keselamata­n tinggi di daerah ini,” katanya.

Pada Majlis Serah Terima Tugas itu Razarudin menyaksika­n Deputi Superinten­dan Nor Azizulkifl­i Mansor menyerahka­n jawatan Ketua Polis Daerah Papar kepada Ladamah. Azizul akan dinaikkan pangkat kepada Superinten­dan sebaik menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau yang berkuatkua­sa 1 Ogos ini.

“Jumlah

ini dijangka dapat dikurang dan dibendung sehingga September melalui pelantikan Ketua Polis Daerah Papar baharu yang mempunyai pengalaman dalam bidang jenayah selama kira-kira 15 tahun. DATUK RAZARUDIN HUSAIN Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah

 ??  ?? RAZARUDIN (tengah) menyaksika­n Azizul (kiri) menyerahka­n tugasnya kepada Ladamah (kanan) semasa Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Papar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di sini pada Jumaat.
RAZARUDIN (tengah) menyaksika­n Azizul (kiri) menyerahka­n tugasnya kepada Ladamah (kanan) semasa Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Papar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di sini pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia