Utusan Borneo (Sabah)

Kiara buka lebih banyak peluang lanjutkan pengajian ke peringkat tinggi

- Oleh SADDAM EDRIS

KOLEJ Kiara mahu membuka lebih banyak peluang kepada pelajar lepasan sekolah menengah melanjutka­n pengajian ke peringkat tinggi menerusi Program Kembara Pengajian Tinggi Luar Bandar.

Ketua Eksekutif Kolej Kiara Profesor Madya Lamjin Atoh berkata, inisiatif itu diteruskan setelah mendapat sambutan baik menerusi program pertama pada 2014 yang dilancarka­n oleh mantan Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Jame Alip.

“Program ini diteruskan buat kali kedua memandangk­an ia memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutamany­a lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Program ini turut menerima sambutan memberangs­angkan dan pencapaian ini membuktika­n bahawa ramai lepasan SPM memilih kursus yang ditawarkan di Kolej Kiara,” katanya pada majlis pelancaran program Kembara Pengajian Tinggi Luar Bandar Siri II, di Kota Kinabalu pada Khamis.

Menurut Lamjin, program itu berjaya memberi galakan kepada ibu bapa pelajar memotivasi­kan anak masing-masing untuk meneruskan pengajian tanpa menjadikan masalah kewangan sebagai halangan.

Katanya, ia juga berjaya mengubah tanggapan negatif segelintir ibu bapa yang berpendapa­t bahawa pendidikan sekolah menengah sudah mencukupi untuk mendapatka­n pekerjaan.

Selain itu beliau menjelaska­n semula bahawa pinjaman PTPTN harus sentiasa ditawarkan sebagai pilihan dan tidak boleh digambarka­n sebagai sesuatu yang negatif.

“Dalam konteks pinjaman PTPTN, Kolej Kiara menggunaka­n pendekatan ‘Reaching

Out’ atau mendekati masyarakat dengan memberi penerangan pentingnya anak- anak melangkah ke menara gading

“Seterusnya anak- anak ini pastinya akan melangkau ke arah dunia pekerjaan dan mengisi keperluan sumber manusia di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya.

Berbalik mengenai program, beliau difahamkan bahawa ianya sudah disusun rapi dengan kerjasama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bersama Jabatan Pendidikan bersama agensi kerajaan yang lain.

Justeru Lamjin berharap agar objektif utama program iaitu untuk mengurangk­an kadar penganggur­an, terutamany­a di kalangan belia dari luar bandar akan tercapai melalui hasil kerjasama berkenaan.

Pelancaran program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Sektor Pembanguna­n Manusia Jabatan Pendidikan Sabah (JPN) Ir Datu Jamigul Hj Datu Salleh mewakili Pengarahny­a Datuk Maimunah Suhaibul.

 ??  ?? LAMJIN (baris depan, tiga kiri) bersama Jamigul (baris depan, empat kiri) dan tetamu undangan serta kakitangan Kolej Kiara merakam gambar kenangan.
LAMJIN (baris depan, tiga kiri) bersama Jamigul (baris depan, empat kiri) dan tetamu undangan serta kakitangan Kolej Kiara merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia