Utusan Borneo (Sabah)

Kajol mahu skrip menarik jika berlakon filem Malaysia

-

Bollywood, Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon dalam filem tempatan jika skripnya baik dan menarik.

Heroin filem ‘Dilwale’ yang berusia 43 tahun itu berkata sebagai seorang pelakon, beliau lebih mementingk­an skrip sesebuah filem yang ingin dibintangi­nya.

“Skrip saya adalah hero saya dan itulah yang lebih penting. Sudan tentu ya (mahu berlakon), jika ada peluang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan teaser filem baharu lakonannya ‘Velai Illa Pattadhari 2’ (VIP2) versi Hindi di Jalan Masjid India di sini pada malam Khamis lepas. Bintang sensasi Bollywood yang muncul semula dalam filem Tamil selepas 20 tahun tidak berlakon dalam filem Tamil, diiringi oleh hero filem tersebut Dhanush Kasthuri Raja dan pengarahny­a R.Soundarya yang merupakan anak kepada super star filem Tamil, Rajinikant­h. Kajol turut melahirkan rasa terharunya dengan sambutan yang diberikan oleh kira-kira 2,000 peminatnya yang membanjiri kawasan itu sejak jam 4 petang untuk bertemu dengannya dan barisan pelakon filem tersebut.

Peminat yang merangkumi pelbagai bangsa bersorak sebaik sahaja Kajol dan Dhanush melangkah masuk ke kawasan tersebut.

Dhanush yang terkedu seketika apabila melihat sambutan peminat Malaysia turut meluahkan perasaan gembira dan yakin filem VIP2 itu akan pecah panggung.

Beliau juga turut menyanyika­n sebuah lagu Tamil berjudul ‘Valkai Thedi’ atas permintaan peminat yang hadir.

Sementara itu Pengarah Urusan Malik Streams Corporatio­n, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem itu di Malaysia berkata pengedaran dan promosi filem tersebut di negara ini adalah untuk membawa masuk lebih ramai pelancong ke Malaysia melalui industri perfileman.

“Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan negara melalui aliran mata wang dari negara luar,” katanya.

Abdul Malik yang juga penerbit bersama filem lakonan Rajinikant­h bertajuk ‘Kabali’ tahun lepas turut berhasrat untuk membawa lebih banyak filem Tamil dan Hindi ke Malaysia bagi tujuan penggambar­an.

VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014 yang akan ditayangka­n di layar perak dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telegu pada Ogos ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAJOL hadir pada majlis promosi filem Velai Illa Pattadhari 2 (VIP2) versi Hindi di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini. — Gambar Bernama
KAJOL hadir pada majlis promosi filem Velai Illa Pattadhari 2 (VIP2) versi Hindi di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia