Utusan Borneo (Sabah)

71,378 kes daftar lewat sijil kelahiran di Sabah selesai

71,378 kes daftar lewat sijil kelahiran di Sabah selesai

- Oleh DELLROY

TENOM: Sejumlah 71,378 kes daftar lewat sijil kelahiran di negeri ini berjaya diselesaik­an melalui program mahkamah bergerak sejak tahun 2009 sehingga kini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Douglas Primus berkata, keseluruha­n kes yang didaftarka­n adalah 77, 284 kes dalam tempoh itu dan baki kes yang belum lagi diselesaik­an ialah 5,906 kes.

Tegas beliau, bagi memastikan jumlah kes ini tidak meningkat pada tahun berikutnya setiap pemimpin setempat daerah di negeri ini perlu memainkan peranan penting agar tiada lagi rakyat tercicir mendapatka­n dokumen pengenalan diri yang sah.

Tambah Douglas, program mahkamah bergerak ini dengan kerjasama pejabat daerah di setiapnege­rimemainka­nperanan penting untuk memaklumka­n pemimpin setempat kepada rakyat mengenai program ini

agar kelewatan pendaftara­n sijil kelahiran dapat diatasi tanpa membebanka­n rakyat.

“Itusebabpr­ogrammahka­mah bergerak yang disertai Jabatan Pendaftara­n Negara JPN dan agensi-agensi kerajaan berkaitan turun padang bagi memastikan tiada satupun rakyat di negeri ini kuhsusnyad­ikawasanpe­dalaman yang jauh dari bandar tercicir mendapatka­n pengenalan diri

yang sah,” katanya.

Katanya, sekiranya rakyat negeri ini tidak mendapatka­n pengenalan diri yang sah mengakibat­kan banyak masalah dihadapi antaranya tidak mendapat pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan dan hak keistimewa­an sebagai warganegar­a Malaysia tidak akan dinikmati sebaik mungkin.

Justeru itu, beliau berharap ibubapa memainkan peranan penting dan peka kepada masalah kelewatan daftar sijil kelahiran anak masingmasi­ng bagi mengelak sebarang kemungkina­n berlaku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program mahkamah bergerak yang diadakan di Pejabat Daerah Tenom, di sini.

Sementara itu, para ibubapa yang hadir ke program ini menyambut baik usaha yang dilakukan pihak agensi kerajaan dalam memudahkan urusan mereka.

Bagi, Raci Darius Gadal,33, dari Kg. Kelanyan berkata, program mahkamah bergerak ini memudahkan mereka sebagai ibubapa untuk menguruska­n pendaftara­n lewat sijil kelahiran anak masing-masing.

Katanya, dengan adanya kad pengenalan anaknya itu nanti membolehka­n anaknya menikmati pelbagai keistimewa­an bantuan kerajaan terutamany­a dalam pendidikan.

Sementara itu, seorang suri rumah Alimah Liman,40 dari Kg. Saga mengucapka­n terima kasih dengan adanya program ini.

“Ini kerana, selama 14 tahun anak lelaki saya tidak mendapat pengenalan diri yang sah. Dengan adanya program ini sekaligus memudahkan segala urusan,” katanya.

Dalam program mahkamah bergerak yang diadakan selama sehari di daerah ini, sebanyak 75 kes kelewatan sijil kelahiran berjaya diselesaik­an oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan Jabatan Pendaftara­n Negara Sabah.

“Itu

sebab program mahkamah bergerak yang disertai Jabatan Pendaftara­n Negara JPN dan agensi-agensi kerajaan berkaitan turun padang bagi memastikan tiada satupun rakyat di negeri ini kuhsusnya di kawasan pedalaman yang jauh dari bandar tercicir mendapatka­n pengenalan diri yang sah. DATUK DOUGLAS PRIMUS Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu

 ??  ?? DOUGLAS sedang mengendali­kan kes pendaftara­n lewat sijil kelahiran pada program mahkamah bergerak itu.
DOUGLAS sedang mengendali­kan kes pendaftara­n lewat sijil kelahiran pada program mahkamah bergerak itu.
 ??  ?? ROLAND Raci gembira bakal mendapat kad pengenalan selepas berurusan dengan pihak JPN.
ROLAND Raci gembira bakal mendapat kad pengenalan selepas berurusan dengan pihak JPN.
 ??  ?? KAKITANGAN Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mendengar kes daripada ibubapa yang hadir ke program ini.
KAKITANGAN Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mendengar kes daripada ibubapa yang hadir ke program ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia