Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk lega 19,000 ekar tanah jadi kawasan penempatan penduduk

- Oleh DELLROY

TENOM: Penduduk Mukim Rundum dan Mukim Tomani menarik nafas lega selepas Kerajaan Negeri meluluskan pengeluara­n 19,000 ekar kawasan tanah Hutan Simpan di daerah itu untuk dijadikan kawasan penempatan penduduk.

Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang berkata, seluas 7,000 hektar kawasan hutan simpan itu adalah kawasan Mukim Rundum dan 12,000 hektar lagi di Mukim Tomani telah dikeluarka­n oleh pihak kerajaan seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Kami mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang sangat prihatin kepada permasalah­an penduduk di daerah ini kerana inilah yang diharapkan oleh penduduk selama ini selain kemudahan asas dan prasarana yang lain.

“Namun demikian, masih ada lagi beberapa tempat lagi yang perlu dikeluarka­n dari kawasan Hutan Simpan untuk tujuan penempatan penduduk kampung dan mengusahak­an tanah-tanah tersebut sebagai sumber ekonomi kepada mereka.

Rubin yang juga Adun Kemabong percaya akan keprihatin­an pihak kerajaan yang ada hari ini dan Umno Bahagian Tenom akan terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, di sini pada Sabtu.

Berkenaan dengan harga getahketik­aini,Rubinberka­ta sebagai Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) saya akan berusaha untuk meningkatk­an produktivi­ti dan harga getah menerusi perancanga­n untuk bekerjasam­a dengan kilangkila­ng di negara China.

“Inilah visi dan misi kami untuk membantu para pekebun getah di Sabah terutamany­a dari segi produktivi­ti pengeluara­n getah dan harga getah untuk membantu meningkatk­an ekonomi para penduduk,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tenom merangkap Timbalan KetuaBahag­ianUmnoTen­om Datuk Raime Unggi, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmajan Sulaiman Khan, Naib Ketua Bahagian Umno Tenom Juli Malik Hussin dan ahli jawatankua­sa Umno Bahagian Tenom.

 ??  ?? RUBIN, Raime dan Rahmahjan merakamkan kenangan bersama Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Tenom.
RUBIN, Raime dan Rahmahjan merakamkan kenangan bersama Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Tenom.
 ??  ?? RUBIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang Ketua Wanita di setiap cawangan Umno Tenom.
RUBIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang Ketua Wanita di setiap cawangan Umno Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia