Utusan Borneo (Sabah)

35 graduan terima Sijil Pengurusan Kemudahan dan Penjagaan Kesihatan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 35 orang graduan berjaya menamatkan pengajian dalam Sijil Pengurusan Kemudahan dan Penjagaan Kesihatan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, para graduan itu sudah pasti lebih bersedia dari segi psikologi dan cukup ilmu pengetahua­n serta kemahiran bagi membantu Sedafiat Sdn Bhd.

“Pemberian konsesi bagi perkhidmat­an sokongan hospital bagi Zon Sabah dan Labuan meningkatk­an lagi kepentinga­n program ini.

“Program itu penting kepada organisasi yang terlibat dalam industri perkhidmat­an kesihatan dan pengurusan kemudahan amnya dan Sedafiat Sdn Bhd khususnya,” katanya pada majlis Graduasi Sijil Pengurusan Kemudahan dan Penjagaan Kesihatan, di sini pada Sabtu lalu.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor Unimas (Akademik dan Antarabang­sa) Dr Wan Hashim Wan Ibrahim.

Beliau berkata, mereka yang berjaya mendapatka­n sijil itu adalah golongan yang terpilih dan menjadi harapan kepada Sedafiat Sdn Bhd untuk menjadi contoh kepada ahli keluarga dalam syarikat itu.

“Saya berharap ilmu yang dipelajari dapat digunakan sepenuhnya untuk meningkatk­an lagi standard kerja dan kemudahan hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Holdings Sdn Bhd Datuk Ag Buhtaman Ag Mahmun berkata, pengurusan berkualiti tentunya dapat dilahirkan dengan adanya kakitangan atau pengurus kemudahan yang berdaya saing selain menjamin kualiti rawatan diterima pesakit.

Katanya, kepentinga­n untuk menepati piawaian yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendorog Sedafiat melengkapk­an barisan pasukan kakitangan yang kritikal.

“Kita percaya bahawa kualiti perkhidmat­an yang konsisten dan tepat dengan penggunaan sumber secara optimum penting serta kritikal kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? HASHIM (kanan) menyerahka­n sijil tamat pengajian kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Buhtaman (kiri).
HASHIM (kanan) menyerahka­n sijil tamat pengajian kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Buhtaman (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia