Utusan Borneo (Sabah)

Ahli K1M diminta sampaikan maklumat

Dengan mengutamak­an agenda perpaduan rakyat

-

KUDAT: Setiap ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) diminta melaksanak­an tanggungja­wab menyampaik­an maklumat dengan mengutamak­an agenda perpaduan rakyat.

Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, beliau yakin bahawa setiap ahli Komuniti 1Malaysia merupakan masyarakat bermakluma­t yang mengutamak­an kesepakata­n dan perpaduan sebagai agenda perjuangan agar rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini dapat hidup harmoni dan aman damai.

“K1M sememangny­a mempunyai tanggungja­wab dan memainkan peranan penting membantu kerajaan dalam menyampaik­an maklumat yang sahih, tepat berhubung dasardasar kerajaan di peringkat akar umbi agar rakyat keseluruha­nnya sentiasa mendapat maklumat yang tepat dan sahih dan sekali gus untuk menangkis isu-isu negatif yang berbentuk fitnah terhadap kerajaan.

“Program Negaraku K1M selain sebagai Networking atau jaringan komunikasi Jabatan Penerangan (Japen) untuk menyampaik­an maklumat yang berkualiti ianya juga merupakan sebuah medium untuk membantu pihak kerajaan mencapai dan merealisas­ikan dasardasar kerajaan yang digubal demi kepentinga­n rakyat lebih-lebih lagi dalam usaha membantu menangkis isu-isu negatif bertujuan fitnah yang timbul untuk menghentam kerajaan menerusi media siber ataupun media baharu.

“Adalah diharapkan Japen menerusi program tersebut terus mengekalka­n momentum penyaluran maklumnat yang tepat dan sahih secara konsisten selaras dengan nilai-nilai yang terkandung dalam Gagasan1Ma­laysia iaitu menitikber­atkan ilmu pendidikan sebagi budaya masyarakat Malaysia kerana masyarakat yang berilmu merupakan aset yang menyumbang kepada pembanguna­n negara pada masa akan datang,” katanya.

Teo berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Negaraku K1M Peringkat Daerah Kudat di Esplanade Sidek, baru-baru ini.

Kata beliau, tanpa usaha seperti yang dimainkan oleh Japen menerusi program itu, rakyat atau masyarakat di peringkat akar umbi terutamany­a generasi Y akan terus mendapat dan menerima maklumat yang salah.

Tambahnya, akhirnya memberi kesan terhadap keamanan serta keselamata­n negara Malaysia kerana maklumat berbentuk fitnah yang disebarkan melalui media baharu hari ini oleh pihak tertentu.

Terdahulu, wakil Pengarah Penerangan Sabah, Ahmad Fauzi Lamsin berkata Japen akan lebih proaktif ke arah menyampaik­an maklumat dasar-dasar kerajaan serta isuisu semasa membantu pihak kerajaan menangkis segala fitnah, pandangan negatif pihak tertentu terhadap kerajaan hari ini.

Katanya, usaha itu dilaksanak­anmenerusi beberapa program iaitu Negaraku Komuniti 1Malaysia, Pidato Kenegaraan, Kembara Merdekadan­Sketsa Rukun Negara.

Hadir sama Pegawai Daerah Kudat Sapdin Ibrahim dan Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara Durahim Jaman.

“K1M

sememangny­a mempunyai tanggungja­wab dan memainkan peranan penting membantu kerajaan dalam menyampaik­an maklumat yang sahih, tepat berhubung dasar-dasar kerajaan di peringkat akar umbi agar rakyat keseluruha­nnya sentiasa mendapat maklumat yang tepat dan sahih dan sekali gus untuk menangkis isu-isu negatif yang berbentuk fitnah terhadap kerajaan. DATUK TEO CHEE KANG Menteri Tugas-Tugas Khas

 ??  ?? TEO (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada Ahmad (dua kiri).
TEO (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada Ahmad (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia