Utusan Borneo (Sabah)

Fun Ride Kayuhan Sihat eratkan hubungan kerajaan dan orang awam

- Oleh ALFRED PETRUS

TENOM: Program Fun Ride Kayuhan Sihat sempena Hari Guru 2017 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tenom (PPD) dilihat dapat mengeratka­n hubungan antara jabatan kerajaan dan orang awam.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Lucas Umbul berkata, dengan penglibata­n pelbagai lapisan masyarakat itu bukan sahaja mampu mengeratka­n hubungan antara masyarakat tetapi salah satu platform mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Program berbasikal adalah satu aktiviti sihat dan terkenal pada masa kini yang mana kita akan sentiasa lihat orang ramai berbasikal khasnya pada hujung minggu.

“Dengan penglibata­n program Fun Ride Kayuhan Sihat yang melibatkan pelbagai golongan tidak kira umur, jantina mahupun jawatan, ia mampu mengeratka­n hubungan antara sesama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikamera­smikanprog­ram berkenaan di perkaranga­n Dewan Antanom Tenom pada Sabtu.

Beliau menyaranka­n agar aktiviti seumpama itu akan terus dianjurkan pada masa akan datang.

“Kerajaan sentiasa menyokong aktivitiak­tiviti riadah seperti ini kerana membolehka­n hidup masyarakat sentiasa sihat,” jelasnya.

Sementara itu, program anjuran bersama Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Tenom dan Kelab Berbasikal TSST itu turut mempromosi­kan Pesta Bunga di Taman Pertanian Tenom.

Dalam pada itu, seramai 130 peserta terdiri daripada warga pendidik, peminat aktiviti berbasikal daerah Tenom dan Keningau serta orang awam telah menyertai acara itu.

Kayuhan berkenaan melibatkan jarak sejauh 40 kilometer (km) yang mana bermula daripada Dewan Antanom menuju ke Taman Pertanian Tenom, jambatan baharu Kg. Pulong dan kembali ke pekan Tenom.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tenom Mohd Ridhuan Yusof dan Pengerusi KGKS Tenom merangkap Pengarah Program Jalal Maarof.

 ??  ?? PESERTA berbasikal sempat merakamkan gambar kenangan ketika berada di Taman Pertanian Tenom.
PESERTA berbasikal sempat merakamkan gambar kenangan ketika berada di Taman Pertanian Tenom.
 ??  ?? LUCAS (kiri)berucap merasmikan program berkenaan sambil disaksikan oleh Ridhuan (kanan).
LUCAS (kiri)berucap merasmikan program berkenaan sambil disaksikan oleh Ridhuan (kanan).
 ??  ?? LUCAS (tengah) bersedia untuk melepaskan peserta berbasikal pada program berkenaan.
LUCAS (tengah) bersedia untuk melepaskan peserta berbasikal pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia