Utusan Borneo (Sabah)

Perkasa cabar k’jaan P.Pinang kemuka bukti nasib orang Melayu terbela

-

PERMATANG PAUH: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Sabtu mencabar kerajaan Pulau Pinang bagi mengemukak­an fakta untuk membuktika­n nasib kaum Melayu di negeri ini terbela.

Presidenny­a, Datuk Ibrahim Ali berkata kerajaan negeri harus menjelaska­n sejauh mana isu-isu yang dihadapi oleh orang Melayu di negeri ini dibela dan diselesaik­an.

“Apa bentuk pertolonga­n yang diberikan, kalau betul, mereka boleh kemukakan bukti itu, pertolonga­n atas dasar apa, kita tidak bising lagi. Sebab kita banyak dengar bila orang Melayu buka gerai di tepi jalan akan dirobohkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP),” katanya selepas merasmikan Kongres Melayu Pulau Pinang di sini.

Beliau turut meminta kerajaan negeri membentang­kan jumlah peruntukan dan fakta yang benar dalam pembinaan kuilkuil dan gereja di negeri ini yang dilihat berat sebelah bagi mengelak salah faham dan ketegangan bagi semua kaum secara keseluruha­nnya.

“Kita nak tengok peratusan. DAP kena bagi fakta yang benar dan jika ia benar (peruntukan kuil-kuil dan gereja melebihi seperti yang diperuntuk­kan), kenapa tidak boleh? Kita cuma nak semua kaum dilayan secara adil,” katanya.

Ibrahim berkata Perkasa mahu mengadakan perbincang­an secara terbuka dengan pentadbira­n kerajaan negeri bagi menangani isu-isu berbangkit seperti pendidikan, perumahan, ekonomi dan agama.

“Saya mahu berjuang atas dasar kebenaran bukan sentimen sempit dan berharap kerajaan DAP Pulau Pinang juga sama dengan tunjukkan bukti, jangan bila kita mahu jumpa, mereka tutup pintu,” katanya.

Ibrahim juga menggesa ahlinya menyediaka­n fakta lengkap termasuk mendapatka­n kajian dari universiti sebelum berbincang dengan kerajan negeri.

“Janganlah kita membuat anggapan secara umum sesuatu isu itu tanpa menitikber­atkan fakta dan kebenaran demi kepentinga­n politik semata-mata.

Saya harap apabila kita utarakanny­a nanti, jangan cakap ini perkauman sebab kita tidak mahu jadi seperti kebanyakan pihak yang bergaduh tanpa objektif, kita mahu semua bangsa dilayan sama rata bagi menjamin keselamata­n negara,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia