Utusan Borneo (Sabah)

Elak persepsi masyarakat berubah

Setiap pemimpin Umno perlu jawab fitnah pembangkan­g

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Semua pemimpin Umno di setiap peringkat perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjawab atau menangkis fitnah dilemparka­n pihak pembangkan­g bagi mengelak persepsi masyarakat berubah.

Menteri Kemajuan Luar BandardanW­ilayah,Dato’Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka tidak boleh hanya berharap kepada pemimpin di peringkat tertinggi sahaja untuk menjawab segala fitnah dikeluarka­n, sebaliknya pemimpin di peringkat bahagian, cawangan, sayap dan sebagainya juga perlu memainkan peranan yang sama.

“Seperti yang saya sebutkan, pembangkan­g ini hidup dengan fitnah. Dan, apabila fitnah ini tidak dijawab, ia akhirnya akan mengubah persepsi masyarakat.

“Sebagai contoh, kalau sayap Wanita yang sering berkunjung dari rumah ke rumah, mereka boleh memanfaatk­an usaha turun padang itu dengan menjawab sebarang fitnah yang dikeluarka­n pihak pembangkan­g.

“Manakala, bagi Pemuda dan Puteri yang lebih mahir dengan alam maya, mereka boleh menggunaka­n medium itu untuk memberikan penjelasan sebenar kepada rakyat

“Mereka tidak boleh hanya berharap kepada pemimpin di peringkat tertinggi sahaja untuk menjawab segala fitnah dikeluarka­n, sebaliknya pemimpin di peringkat bahagian, cawangan, sayap dan sebagainya juga perlu memainkan peranan yang sama. ” DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

di samping melancarka­n peperangan siber kepada pihak pembangkan­g,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu Sapi di Hotel Four Points di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Bahagian Batu Sapi yang juga Wakil Rakyat Sekong Datuk Samsudin Haji Yahya, Ketua Wanita Rahimah Asrah, Ketua Pemuda Mohd Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan, Ketua Puteri Hazulizah Md. Dani serta barisan kepimpinan Umno Batu Sapi.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail mahu perwakilan Batu Sapi untuk meneruskan taat setia kepada pemimpin bagi memastikan Umno terus kekal sekaligus meneruskan agenda mengangkat martabat golongan Bumiputera.

“Saya juga berharap mulai hari ini kita akan terus bekerja. Batu Sapi mempunyai cabaran yang besar tetapi saya percaya kekuatan parti bergantung kepada cawangan. Oleh itu, kita perlu mulai menjawab fitnah, buat engagement dengan pengundi dan memanfaatk­an media sosial. Ini kerana, perang hari ini bukan lagi antara manusia dengan manusia, sebaliknya lebih kepada perang siber.

“Dalam masa yang sama, komponen Barisan Nasional juga perlu bekerja keras bukan sahaja untuk menang pada pilihan raya akan datang, malah menambah jumlah majoriti di peringkat parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Batu Sapi,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, beliau turut mengumumka­n kelulusan beberapa projek pembanguna­n di kawasan Batu Sapi. Antaranya, projek bekalan air di Pulau Timbang dengan kos RM60 juta, projek menaiktara­f jalan Kampung Bokara bernilai RM5 juta, Program Projek Perumahan Rakyat bagi 14 buah rumah yang terbakar serta projek bekalan air luar bandar sebanyak RM2 juta untuk Kampung Bambangan.

 ??  ?? SAMSUDIN (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ismail selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu Sapi.
SAMSUDIN (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ismail selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu Sapi.
 ??  ?? ISMAIL Sabri (tiga, kanan) bersama barisan kepimpinan Umno Batu Sapi.
ISMAIL Sabri (tiga, kanan) bersama barisan kepimpinan Umno Batu Sapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia