Utusan Borneo (Sabah)

Jangan letakkan diri dalam zon selesa

-

KOTA KINABALU: Ahli Puteri Umno diingatkan supaya memperkasa diri masing-masing dengan penggunaan media sosial termasuk ilmu pengetahua­n mengenai teknologi maklumat dan komunikasi di internet.

Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik berkata, ahli Puteri Umno perlu menjadi benteng bagi mengekang maklumat palsu, tidak sahih, spekulasi, provokasi, fitnah atau berbaur hasutan yang secara langsung akan merosakkan pemikiran rakyat.

Beliau berkata, dalam dunia digital hari ini menjadikan kita tidak lagi dapat mengenali siapa musuh dan siapa rakan di hadapan kita.

“Ia menuntut kita untuk bekerja keras daripada semua pihak khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya.

“Saya amat berharap Puteri Umno tidak meletakkan diri dalam zon selesa. Sebaliknya, letakkan diri kita dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanray­a.

“Mulai hari ini semua orang sama ada di peringkat negeri, bahagian dan cawangan perlu menggandak­an gerak kerja untuk memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanray­a nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Kudat di Dewan Majlis Daerah Pitas, pada Sabtu.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Ketua Umno bahagian Kudat Datuk Bolkiah Ismail.

Turut hadir sama; Timbalan Ketua Umno bahagian Kudat Datuk Abdul Mijul Unaini, wakil Puteri Umno Sabah Masnatu Satong yang juga Ketua Puteri Umno Kota Belud serta perwakilan Puteri Umno Kudat.

Normala yang juga Ketua Puteri Umno Kudat menyeru ahli Puteri Umno meningkatk­an gerak kerja bagi memenangi pilihanray­a.

Katanya, sebagai barisan hadapan jentera parti, setiap seorang daripada kita perlu menjadi anggota pasukan tahan lasak.

Ahli Puteri Umno Kudat turut menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

“Puteri Umno Kudat juga dengan sepenuh hati ingin menegaskan bahawa parti masih memerlukan kepimpinan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Musa untuk menerajui parti sekali gus membawa kemenangan pada pilihan raya akan datang.

“Janganlah kita terpedaya dengan dakyah dan tipu helah pembangkan­g yang hanya tahu bersuara menentang kerajaan tetapi gagal membentuk kerajaan dan membantu kemusykila­n rakyat,” tegasnya.

“Kalau dahulu musuh politik tidak pernah bersama tetapi tidak pada waktu sekarang ini, apabila musuh politik adalah individu yang tahu rahsia, strategi dan hala tuju kita. Mudah bagi mereka untuk menguasai dan menjatuhka­n kita jika kita lalai,” tegasnya.

 ??  ?? BOLKIAH menerima cenderahat­i sambil diperhatik­an oleh Normala dan Masnatu.
BOLKIAH menerima cenderahat­i sambil diperhatik­an oleh Normala dan Masnatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia