Utusan Borneo (Sabah)

Bot bawa 12 pemancing ditemui rosak di laut: APMM

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengesan bot yang membawa 12 pemancing pagi Sabtu, tidak sampai 24 jam selepas ia dilaporkan terputus hubungan dengan pemiliknya di Kampong Geobilt di sini pada Jumaat.

Pengarah Daerah Maritim APMM Kuching, Kapten (M) Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata bot “Sea Wonder” yang membawa tiga kru dan 12 pemancing itu ditemui pada kira-kira pukul 11 pagi Sabtu, mengalami kerosakan dan semua penumpang serta kru didapati selamat.

Beliau berkata bot itu dikesan kira-kira 25 batu nautika dari Tanjung Sirik, sekitar 1batu nautika dari lokasi ia dilaporkan terputus hubungan dengan pemiliknya.

“Bot kini ditunda oleh sebuah kapal maritim yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan ia kini dalam pelayaran pulang ke Kuching, dijangka tiba pada pukul 11 malam ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian malam tadi APMM melancarka­n operasi SAR sejurus selepas menerima laporan daripada pemilik bot, Alice Lim, pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Bot itu dikatakan berlepas dari Kuching pada pukul 1 petang dan kali terakhir ia menghubung­i pemiliknya adalah sekitar tiga jam kemudian.

Shahref seterusnya mengingatk­an seluruh komuniti maritim, terutama pengusaha-pengusaha bot pemancing serta peminat aktiviti riadah memancing di Sarawak, supaya memaklumka­n kepada Maritim Malaysia setiap kali keluar ke laut.

“Berikan maklumat lengkap mengenai jadual pelayaran, lokasi-lokasi memancing, nama kru dan penumpang berserta maklumat lanjut seperti alamat, kad pengenalan, dan nombor telefon kecemasan.

Ini bagi memudahkan pihak Maritim Malaysia mengambil tindakan lanjut dengan segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan, katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia