Utusan Borneo (Sabah)

Keengganan Mahathir kembali kepada Umno tidak memeranjat­kan: Mustapa

-

BALING: Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau enggan lagi kembali kepada Umno walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi menjadi perdana menteri bukan sesuatu yang memeranjat­kan.

Anggota Majlis Terttinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pengumuman bekas perdana menteri itu sebenarnya boleh dijangka selepas bertindak bertalu-talu “menyerang” kerajaan dan Najib.

“Perkara ini tidak memeranjat­kan pun dan apa yang penting, dalam apa jua keadaan, anggota Umno perlu merapatkan barisan dan bersatu hati.

“Hari ini sudah ada tandatanda kebangkita­n yang sangat baik terhadap Umno dan kepimpinan Datuk Seri Najib. Insya-Allah kita yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan mencapai kejayaan yang cemerlang (pada pilihan raya umum ini),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Baling di sini,pada Sabtu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir mengisytih­arkan beliau tidak akan kembali kepada Umno walaupun Najib bukan lagi menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir membuat pengakuan itu dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan mendakwa Umno sebenarnya telah musnah dan tersesat daripada perjuangan asalnya.

Mengulas perkara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, berkata walaupun Umno diuji dan diasak, apa yang penting semua pihak dalam parti keramat itu telah bersiap sedia pada PRU itu.

“Kita menunggu wisel ditiupkan sahaja untuk terus bertindak,” katanya.

Sementara itu Mustapa berkata kementeria­nnya akan melihat daripada pelbagai sudut untuk menjadikan Baling sebagai sebuah daerah industri yang baharu di negeri ini selepas Kulim.

“Yang penting mesti ada kawasan dan yang lebih senang lagi mempunyai infrastruk­tur yang baik dan kita akan ambil tindakan kerana Baling berdekatan dengan Kulim Hi Tech Park yang limpahan industri boleh dibawa di sini,” katanya.

Ketika berucap, beliau mengingatk­an semua pihak bahawa sebahagian besar pemimpin negara termasuk Najib adalah dilahirkan melalui Pemuda Umno dan menyifatka­n sayap Umno itu sangat penting sebagai “kilang” melahirkan pemimpin.

Turut hadir pada persidanga­n itu Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pemuda bahagian itu Mohd Noor Mohd Amin.Bernama

 ??  ?? ANGGOTA Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) bersama Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tiga, kanan) dan Ketua Pemuda Baling, Mohd Noor Mohd Amin (lima, kanan) meletak tangan pada bebola simbolik...
ANGGOTA Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) bersama Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tiga, kanan) dan Ketua Pemuda Baling, Mohd Noor Mohd Amin (lima, kanan) meletak tangan pada bebola simbolik...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia