Utusan Borneo (Sabah)

Cetus perdebatan antarabang­sa, Charlie Gard akhirnya mati

-

LONDON: Charlie Gard, bayi tenat dari British yang menarik simpati Pope Francis serta mencetuska­n perdebatan etika perubatan, mati kelmarin, menurut ibunya Connie Yates.

Yates, 31, dan suaminya Chris Gard, 32, menempuh perjuangan perundanga­n yang panjang semata-mata untuk mendapatka­n kebenaran membawanya ke Amerika Syarikat (AS) untuk menerima rawatan bagi masalah genetik yang jarang berlaku.

Namun di sebalik perhatian dunia terhadap kesnya, bayi terbabit mati seminggu sebelum hari jadi pertamanya.

“Bayi lelaki kami yang cantik sudah pergi.

“Ibu dan ayah amat berbangga dengan kamu, Charlie,” menurut Yates dalam satu kenyataan.

Mahkamah mengarahka­n bayi berusia 11 bulan itu dipindahka­n dari hospital ke hospis, di mana alat sokongan hayatnya ditutup.

Para penyokong dari seluruh dunia menderma 1.35 juta pound sterling menerusi laman pengumpula­n dana dalam talian untuk menyokong ibu bapanya dan usaha mereka untuk merawat anak mereka, manakala 350,000 orang menandatan­gani petisyen menuntut Charlie dibenarkan menerima rawatan yang masih dalam peringkat eksperimen itu di AS.

Susulan berita kematianny­a, Francis yang menyokong kempen tersebut mengulas dalam Twitter, manakala Perdana Menteri Britain TheresaMay­danNaibPre­siden AS Mike Pence menyatakan kesedihan mereka.

Gard dilahirkan pada 4 Ogos tahun lepas dengan satu bentuk penyakit mitokondri­a yang jarang berlaku yang menyebabka­n otot lemah secara beransur-ansur termasuk dalam organ utama seperti jantung.

Dia dimasukkan ke hospital pada usia lapan minggu dan keadaannya terus merosot.

Yates yang bekerja sebagai penjaga dan Gard yang merupakan seorang posmen, berusaha selama lima bulan mendapatka­n perintah mahkamah untuk membawanya ke AS bagi rawatan tetapi kalah dalam siri rayuan di mahkamah British dan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg.

Kempen mereka menerima tawaran bantuan daripada AS dan Vatikan, mendorong pihak hospital untuk meminta mahkamah menilai buat kali terakhir bukti baharu.

Namun kedua-dua ibu bapanya mengalah minggu lepas, menyatakan ‘masa sudah kehabisan’, selepas ditunjukka­n hasil imbasan yang menandakan keadaannya sudah merosot teruk.

“Ibu dan ayah amat kesal kerana tidak dapat menyelamat­kan kamu,” menurut kedua-dua suami isteri itu dalam kenyataan penuh emosi di Mahkamah Tinggi di London.

“Mustahil bagi kita untuk memahami apatah lagi membayangk­an penderitaa­n yang terpaksa dilalui ibu bapa Charlie sejak beberapa minggu dan bulan lalu ketika mereka perlu menerima keputusan yang telah dibuat sekarang,” menurut beliau dalam penilaiann­ya.

Gard dan Yates kemudian meminta Charlie dibawa pulang ke rumah namun pihak hospital tidak membenarka­n kerana alat sokongan hayatnya terlalu besar dan tidak muat pintu depan rumah mereka.

Mereka akhirnya bersetuju agar Charlie diletakkan di sebuah hospis.

Gambar bayi itu mendominas­i laman depan akhbar Sabtu Britain yang memperinga­ti ‘budak lelaki kecil yang cantik’ itu.

Kes tersebut mencetuska­n perdebatan tentang sama ada ibu bapa atau kerajaan harus membuat keputusan muktamad mengenai kebajikan anak dan sama ada nasib seorang anak harus diselesaik­an di mahkamah.

Ia mencetuska­n reaksi ramai dengan sekumpulan penyokong mengecam pihak hospital susulan pendengara­n mahkamah minggu lepas.

Pihak hospital mengeluark­an kenyataan kelmarin: “Semua orang di Hospital Great Ormond Street menyampaik­an takziah kepada ibu bapa Charlie pada saat yang amat menyedihka­n ini.” — AFP

 ??  ?? KOMBINASI gambar fail 24 Julai lalu menunjukka­n Gard membacakan kenyataan mengenai Charlie (gambar sisipan) sambil diperhatik­an Yates di pekarangan Mahkamah Keadilan Diraja di London. — Gambar AFP
KOMBINASI gambar fail 24 Julai lalu menunjukka­n Gard membacakan kenyataan mengenai Charlie (gambar sisipan) sambil diperhatik­an Yates di pekarangan Mahkamah Keadilan Diraja di London. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia