Utusan Borneo (Sabah)

Wanita bedah muka elak bayar hutang

-

SHANGHAI: Seorang wanita dari bandar Wuhan di tengah China mengubah wajahnya melalui pembedahan plastik semata-mata untuk mengelak hutang peribadi 25 juta yuan, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Anggota polis dilaporkan terkejut selepas menahan wanita berusia 59 tahun itu, yang melarikan diri ke bandar tenggara Shenzhen selepas mahkamah di Wuhan mengarahka­nnya menjelaska­n hutangnya.

“Kami amat terkejut setibanya di tempat kejadian,” Xinhua memetik kata seorang anggota polis.

“Dia kelihatan berusia 30an, berbeza daripada gambar yang kami miliki.”

Zhu Najuan turut mengaku menggunaka­n kad pengenalan orang lain untuk keluar dari negeri itu dengan menaiki kereta api.

Diamembiay­aipembedah­an plastiknya menggunaka­n kad bank yang dipinjam, menurut Xinhua lewat kelmarin.

Wakil-wakil dari lebih 300 bandar mengeluark­an deklarasi pada awal Julai untuk menyediaka­n lebih banyak kredit bagi perbelanja­an pelanggan, dalam sebahagian usaha negara untuk mendapatka­n sumberbaha­ruperkemba­ngan ekonomi dan mengurangk­an kebergantu­ngannya terhadap industri berat dan pelaburan infrastruk­tur.

Menurut media negara, mahkamah di wilayah Jiangsu telah mengeluark­an senarai hitam orang yang gagal membayar hutang.

Sesiapa yang menelefon individu dalam senarai hitam itu akan dipaksa mendengar rakaman mesej berbunyi “tolong gesa orang ini untuk menunaikan tanggungja­wab perundanga­n mereka”.

Wuhan turut melancarka­n kempen membantera­s mereka yang gagal membayar hutang, di mana 186 ditahan sejak Januari. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia