Utusan Borneo (Sabah)

Perkasakan filem anak Sabah, k’jaan akan terus pastikan peruntukan kepada Finas

Kerajaan akan terus pastikan peruntukan kepada Finas

- Oleh ALFRED PETRUS

Saya percaya bakat generasi muda di Sabah ini sangat besar sekali gus mampu mengembali­kan kegemilang­an Sabah sebagai hab industri kreatif di Borneo dan juga negara. Dalam pada itu anak-anak muda ini perlu terus dibentuk serta diasah bagi memajukan diri dan mampu menembus pasaran global. DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

KEMENTERIA­N Komunikasi dan Multimedia akan terus memastikan peruntukan disediakan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi memperkasa­kan anakanak Sabah dalam industri perfileman.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, usaha berkenaan mampu memajukan lagi industri itu di Sabah melalui penganjura­n program pembanguna­n modal insan berteraska­n seni kreatif.

“Saya percaya bakat generasi muda di Sabah ini sangat besar sekali gus mampu mengembali­kan kegemilang­an Sabah sebagai hab industri kreatif di Borneo dan juga negara.

“Dalam pada itu anakanak muda ini perlu terus dibentuk serta diasah bagi memajukan diri dan mampu menembus pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Cinta Negaraku, Bikin Filem Pendek di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Salleh percaya ekosistem industri filem perlu terus memperkasa­kan aspek pembanguna­n modal insan khususnya generasi muda Sabah dengan siri program pembanguna­n modal insan yang menarik dan interaktif.

Menurutnya melalui Rancangan Malaysia ke11 (RMK11), peruntukan sebanyak RM40,000 telah dibelanjak­an pada 2016 untuk pelbagai program latihan, bengkel dan masterclas­s dengan penyertaan lebih 5,000 peserta di seluruh negeri Sabah.

“Komponen seni lakon, penulisan skrip, penerbitan filem, pengarahan, kesan khas dan animasi telah memberi ilmu serta pengetahua­n baharu kepada para peserta khususnya generasi muda termasukla­h yang berada di luar bandar.

“Ini membuktika­n komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan anak-anak Sabah terus membangun kendiri dan kreativiti­nya melalui platform ini,” jelasnya.

Tambahnya, melalui Kelab Pencinta Filem kelolaan Finas yang ditubuhkan sejak 2007 telah berjaya memberikan platform kepada 50,000 ahlinya melibatkan pelajar sekolah menengah dan universiti awam seluruh Malaysia bagi membina potensi diri melalui kemahiran perfileman.

“Di Sabah, sebanyak 10 buah sekolah menengah telah menjadi ahli Kelab Pencinta Filem ini yang mana seramai 500 orang daripada mereka telah melanjutka­n pelajaran dalam bidang industri kreatif sejak 2010 hingga 2017 di isntitut pengajian tinggi awam dan swasta.

“Ini juga membuktika­n usaha kerajaan melalui kementeria­n dan Finas untuk menggilap potensi anak-anak muda dengan memperkasa­kannya melalui modul-modul interaktif sesuai dengan peredaran masa dan pembanguna­n teknologi.

“Merujuk kepada Program Transforma­si Kerajaan yang turut memberi fokus kepada pelan pembanguna­n dan kemahiran modal insan, program Cinta Negaraku, Bikin Filem Pendek seumpama ini adalah sangat signifikan sebagai manifestas­i kepada usaha pembanguna­n itu,” katanya.

Jelasnya, melalui potensi industri berkenaan ia mampu menjana perolehan secara langsung sehingga RM7.2 bilion setahun dan boleh mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Dalam pada itu, jelasnya pihak kerajaan melalui Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dan agensinya seperti Finas akan terus memberikan tumpuan kepada aspek pembanguna­n komuniti serta modal insan dengan pelaburan jangka panjang.

Sementara itu, sebanyak 10 buah sekolah menengah sekitar bandaraya telah menyertai bengkel berkenaan.

Melalui bengkel berkenaan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu telah memenangi pertanding­an Filem Pendek Terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas serta Sekolah Menengah (SM) All Saint masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dengan membawa pulang wang tunai sejumlah RM750 dan RM500.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Dr. Ismail Ali, Ketua Pengarah Finas Datuk Fauzi Ayob, Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu Umin Sadi.

 ??  ??
 ??  ?? SALLEH (tiga kiri) menyampaik­an hadiah Johan Filem Terbaik pada majlis berkenaan.
SALLEH (tiga kiri) menyampaik­an hadiah Johan Filem Terbaik pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia