Utusan Borneo (Sabah)

KJRI KK lancar sekolah SMP CLC St. Thomas Tuaran

-

KONSULAT Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu membuka sebuah lagi Pusat Pembelajar­an Komuniti (Community Learning Center) CLC St Thomas Kampung (Kg) Sawah Tuaran untuk membolehka­n anakanak pekerja Indonesia memperoleh­i akses pendidikan.

Sekolah CLC itu dibuka dengan rasminya oleh Konsul Sosial Budaya KJRI, Cahyono Rustam mewakili Konsul Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu sambil disaksikan oleh wakil Jabatan Pendidikan Sabah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pengetua SIKK Istiqlal Maarif, Ketua- ketua kampung, pemimpin masyarakat dan ibu bapa.

Dalam ucapannya, Cahnyono berkata, Kerajaan Indonesia berusaha untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak warga Indonesia di Sabah.

Katanya, pendidikan adalah hak asasi setiap anak di dunia dan salah satu kewajiban Kerajaan Indonesia untuk memberikan pendidikan asas sembilan tahun untuk setiap anak Indonesia di manapun berada.

Beliau meminta anakanak Indonesia yang belajar di sekolah itu tetap bersemanga­t tinggi meskipun ruang kelas dan guru yang agak terhad.

Ketua Anak Negeri (KAN) Tamparuli Saniban Ampilah berkata, masyarakat di daerah itu bersikap terbuka dan menyambut baik pembukaan CLC untuk anak-anak warga Indonesia namun beliau meminta anak-anak diberikan pemahaman dan menghormat­i adat dan kebiasaan masyarakat setempat agar dapat hidup berdamping­an dengan mereka.

Acara perasmian SMP CLC St.Thomas Tuaran dimulakan dengan persembaha­n tarian dan nyanyian oleh murid sekolah.

Program diakhiri dengan ramah tamah bersama undangan, ibu bapa dan murid.

 ??  ?? PELAJAR SMP CLC St. Thomas Kg Sawah Tuaran bergambar selepas acara perasmian.
PELAJAR SMP CLC St. Thomas Kg Sawah Tuaran bergambar selepas acara perasmian.
 ??  ?? CAHYONO Rustam menyampaik­an ucapan perasmian mewakili Konjen.
CAHYONO Rustam menyampaik­an ucapan perasmian mewakili Konjen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia