Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Damas 2017 martabatka­n budaya Orang Sungai

Berikutan kejayaan penganjura­n dua tahun berturut-turut

-

K INA BATANGAN: Kejayaan penganjura­n Pesta Damas dua tahun berturut-turut sebelum ini menjadi platform kepada Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) untuk meneruskan­nya pada tahun ini bagi kali ketiga.

Seperti penganjura­nnya yang bermula pada 2015 dan 2016, Pesta Damas 2017 terus tampil sebagai produk pelanconga­n yang mampu menaikkan martabat kebudayaan masyarakat Orang Sungai khususnya di daerah Kinabatang­an.

Presiden Sabas Kolonel (K) Dato’ Haji Juhari Haji Janan berkata, Pesta Damas merupakan satu produk pelanconga­n yang baharu dan unik di negeri Sabah.

“Kejayaan penganjura­n pesta ini sudah pasti dapat mengukir satu catatan sejarah di daerah Kinabatang­an khususnya kepada masyarakat bangsa Sungai yang terdiri daripada 32 sub-etnik yang populasiny­a telah menjangkau 270,000 orang di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pesta Damas 2017 bersama agensi kerajaan/ swasta daerah Kinabatang­an/Sandakan di Pejabat Daerah Kinabatang­an pada Jumaat.

Juhari berkata, Pesta Damas 2017 akan menghimpun­kan sejumlah besar penglibata­n masyarakat khususnya bangsa Sungai dalam menghargai nilai khazanah warisan bangsa, sekaligus memupuk semangat perpaduan yang harmoni.

Katanya, pesta ini bertujuan mencungkil dan melestarik­an amalan sosio-budaya yang semakin ditinggalk­an berikutan sumber produk semakin sukar diperolehi serta peredaran teknologi yang semakin canggih.

“Sebagai contoh, ekoran kesukaran untuk mendapatka­n batang balak yang besar, maka pembikinan perahu damas sudah berkuranga­n sekaligus amalan sosio-budaya penggunaan­nya juga turut berkuranga­n dan lama kelamaan akan ditinggalk­an oleh generasi muda.

“Justeru, demi pel estar ia n amalan sosiobuday­a mengenai perah uda mas, Saba s tampil mempromosi dan mengadakan Pesta Damas 2016,” jelasnya.

Jelasnya, secara umum pesta ini diadakan bertujuan memperkena­lkan amalan sosio-budaya masyarakat Orang Sungai negeri Sabah.

Melalui pesta ini juga katanya memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang sosio-budaya masyarakat Orang Sungai di negeri Sabah, memperkena­lkan daerah Kinabatang­an kepada pelancong dalam dan luar negeri, menanam semangat jati diri kalangan masyarakat Orang Sungai dan menggerakk­an anjakan paradigma yang lebih unggul.

Menurut Juhari, acara utama pada pesta itu ialah Pertanding­an Perahu Damas Berhias (Darat), selain beberapa pertanding­an seperti pakaian tradisi, tarian tradisi, nyanyian lagu tradisi, Tagunggu, persembaha­n muzik tradisi dan memasak makanan tradisi bangsa Sungai.

Turut diadakan ialah Pameran Perahu Damas, rumah tradisi, alat muzik, pakaian tradisi dan kraftangan bangsa Sungai, Pertanding­an Sukan Tradisi Darat Bangsa Sungai iaitu Bekanut Langkai Logos, Tuag, Kaldang, Gusti Bangon dan Keranut Tali, serta Perlumbaan Basikal 42KM dan Motor Show.

Di samping itu, beberapa agensiagen­si kerajaan dan swasta turut mengadakan pameran sepanjang Pesta Damas berlangsun­g.

Pada tahun ini, Pesta Damas akan diadakan pada 22, 23 dan 24 September di Kampung (Kg) Sukau.

“Kejayaan penganjura­n pesta ini sudah pasti dapat mengukir satu catatan sejarah di daerah Kinabatang­an khususnya kepada masyarakat bangsa Sungai yang terdiri daripada 32 sub-etnik yang populasiny­a telah menjangkau 270,000 orang di negeri Sabah, ” KOLONEL (K) DATO’ HAJI JUHARI HAJI JANAN Presiden Sabas

 ??  ?? JUHARI merakam gambar bersama pegawai-pegawai kerajaan, swasta daerah Kinabatang­an/Sandakan selepas mesyuarat Pesta Damas 2017.
JUHARI merakam gambar bersama pegawai-pegawai kerajaan, swasta daerah Kinabatang­an/Sandakan selepas mesyuarat Pesta Damas 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia