Utusan Borneo (Sabah)

Konfrontas­i di Bukit Sebatik

- GLOSARI: Recce -Peninjau

B ERTAFAKUR selama 20 saat, dengan diiringi tiupan “Last Post” membuat mataku semakin berkaca, hatiku semakin rawan, sebak di dada tidak terungkai.

Sebagai mantan, aku dapat rasa, betapa sengsarany­a wirawira ketika itu, tiada kata yang dapat diungkapka­n. Walau pun perjuangan­nya dipisahkan zaman, namun matlamatny­a, menjunjung titah ibunda adalah sama. Suasana menyelubun­gi di perkaranga­n upacara mengingati mangsa-mangsa perang tugu peringatan di Petagas sampai di kemuncakny­a. Istiadat meletakkan karangan bunga yang didahului, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

Mengimbau kembali kenangan silam bersama rakan pahlawan yang telah berjaya menentang lawan untuk menjaga kedaulatan, keselamata­n dan keamanan negara. Kejayaan ini telah banyak mengorbank­an anggota pasukan keselamata­n, meninggalk­an isteri menjadi balu, meninggalk­an anak-anak menjadi yatim piatu, tidak kurang juga mereka yang cedera, cacat anggota seumur hidup.

Ketika itu aku berkhidmat dalam pasukan 2nd Batallion Malaysian Rangers, satu-satunya pasukan yang dianggotai hampir keseluruha­nnya anak-anak Sabah, yang ditubuhkan pada 16 Sept 1963 sempena tertubuhny­a negara Malaysia, dengan mendukung moto perjuangan “Osiou Oh Kamanangan” atau kata lain, “siapa berani menang”. Bertekad dan bersumpah, demi bumi bertuah! Jangankan selangkah, seinci pun tidakku benarkan pengkhiana­t menginjak bumi ini.

Air mataku bak gerimis, 53 tahun telah berlalu, konfrontas­i antara Malaysia dan Indonesia telah berakhir. Namun ia tetap menjadi igauan yang sukar dilupakan. Sebagai mantan tentera yang pernah berkhidmat dalam zaman itu, kata orang Sabah, palispalis, kalau boleh jangan berulang lagi, agar ia menjadi iktibar kepada dua buah negara serumpun bangsa.

Aku masih boleh bayangkan wajah anggota-anggota rakan seperjuang­anku sewaktu menjalanka­n tugas di sempadan. Belum sampai 24 jam aku mengambil alih kubu di dalam tanah di Kem Bergosong Tawau, tiba-tiba seksyenku telah menerima tugas pertamaku membuat tinjauan di Bukit Sebatik. Seksyenku seramai 12 orang dari Pelaton 6 Bravo Kompeni, diketuai Sarjan Kamsan dan dibantu seorang Koperal, aku lupa namanya. Diarah membuat tinjauan di Bukit Sebatik yang terbagi dua itu. Pihak perisikan mengatakan lebih 8000 ribu sukarelawa­n Indonesia yang dipantau oleh Tentera Nasional Indonesia dari Pasukan Marine Commandos (KKO) atau rakyat Indonesia menggelarn­ya kampung yang ulang alik ke negara “Hantu Laut” khabarnya sudah jiran. Kami menemui beberapa buah menyusup masuk dari Kalimantan rumah yang telah ditinggalk­an kosong. Utara dan kini menjalar hingga ke Terdapat juga rumah di situ, didirikan Pulau Sebatik. atas garisan pemisah, dapurnya berada

Sarjan Kamsan anak Jawa jati di atas tanah Malaysia, manakala ruang dari berasal dari Johor, pasukan tamunya berada di atas tanah milik asalnya ialah Askar Melayu DiRaja, Indonesia. Penduduk Pulau sebatik ini dipinjamka­n untuk membantu 2nd kebanyakan­nya bersaudara, mereka Batallion Rangers dan akhirnya beliau meninggalk­an kampung halaman membuat keputusan menetap terus di bimbang terkena tempias pergolakan Unit 2nd Malaysian Rengers hingga konfrontas­i. Khabarnya, ada juga yang akhir hayatnya. Aku dipilih oleh Sarjan lari ke negara jiran, tidak kurang juga Kamsan sebagai recce untuk berjalan di lari ke Malaysia. hadapan, adalah berdasarka­n aku anak Maklumat yang terakhir kami Jawa dan boleh bertutur bahasa Jawa. terima daripada penduduk kampung

“Perjalanan kita menuju ke Bukit yang berulang alik ke negara jiran Sebatik lebih kurang memakan masa melalui jalan Bukit Sebatik, sering tiga jam, kalau tidak ada halangan. bertemu dengan Tentera Nasional Gunakan pancainder­a yang telah kamu Indonesia TNI. kami juga dikhabarka­n pelajari, mengesan dan mengawasi Kem TNI tidak jauh daripada Bukit keadaan. Mata kena awas telinga kena Sebatik. dengar, pergerakan kaki dan tangan, Sejam lebih kami berjalan, Sarjan jari telunjuk sentiasa di trigger kalau Kamsan memberi isyarat berhenti perlu. Selepas saya habis bercakap ini, berehat dan mengarahka­n dua saya tidak mahu dengar siapa-siapa pengawal satu di belakang dan bercakap semasa dalam rondaan, kita satu di hadapan untuk mengawal hanya menggunaka­n bahasa isyarat!” keadaan, yang lain mencari tempat selepas sahaja Sarjan Kamsan merberi perlindung­an. Semasa berehat Sarjan kata dua peringatan, pandangann­ya Kamsan menghampir­i aku, aku tidak terus terarah kepadaku. mempedulik­an Sarjan Kamsan berada “925643 Renjer Mohamed!” di sebelahku, sebab mataku liar “Sarjan!” memerhatik­an keadaan hutan dara di “Engkau tahu kenapa aku pilih kau Bukit Sebatik itu, kerana aku tidak sebagai recce?” percaya hutan dara Bukit Sebatik “Tak tahu Sarjan!” menyebelah­i aku. Tiba-tiba Sarjan “Sebab kau anak Jawa? Kalau Jawa Kamsan berbisik. lalai, apa akan jadi kepada Brunei, “Engkau Jawa mana?” Bajau, Dusun yang dekat belakang “Jawa Ponorogo Sarjan.” ini?” “Jawa Ponorogo??” “Mati Sarjan!” “Ya Sarjan.” Kataku padanya. “Yang mati engkau! Bukan dia “Lo? Kulo ambik sampean podolo orang? Brunei, Bajau, Dusun dah take bongso Jawane.” (Ya? Rupanya kita

cover. Paloi. sama bangsa Jawa). Lebih kurang “Sarjan!!” begitu maksudnya. Perjalanan kami menuju ke Bukit Tiba-tiba Sarjan Kamsan bercakap Sebatik, tidak banyak menemui Jawa dengan aku. Aku sedikit pun halangan, kerana jalan yang kami tidak menoleh kepadanya, kerana lalui itu biasa digunakan penduduk mataku masih menyelongk­ar di hutan tebal.

“Sepatutnya saya ikut Datuk saya balik ke Jawa, tapi tak kesampaian, kerana semasa itu saya dihantar ke Congo sebagai tentera pengaman BangsaBang­sa Bersatu. Datuk saya tak dapat balik ke Malaysia kerana keadaan tidak mengizinka­n. Akhirnya dia meninggal di sana.”

Aku mula menoleh kepadanya. Aku lihat, matanya berkaca. Aku biarkan dia bermain dengan perasaan. Aku terpaut rasa sebaknya, kepalaku kudongakan, sambil melihat kehijuan pokok yang menutupi wajah langit, di samping menahan gerimis di mata.

“Embah saya pun begitu juga Sarjan, berhasrat mahu membawa saya kembali ke Ponorogo, Embah nak kenalkan saya dengan saudarasau­dara di sana. Cita-citanya juga tidak kesampaian. Embah meninggal mendahului hasratnya. Akhirnya saya putus hubungan dengan saudarasau­dara saya di Ponorogo.” Aku menarik nafas panjang.

“Mari, kita teruskan perjalanan kita.”

Aku terus melangkah dengan penuh hati-hati, pendakiank­u semakin hampiri destinasi, hati semakin berdebar. Entah kenapa agaknya, tiba-tiba saja aku teringatka­n peristiwa Kalabakan, yang berlaku pada 29 December 1963, dimana anggota sukarelawa­n Tentera Nasional Indonesia (TNI) seramai 128 sukarelawa­n telah menyerang Kem Kalabakan, mengakibat­kan 8 orang anggota tentera Malaysia dari Pasukan 3 Askar Melayu DiRaja dan 16 lagi cedera. Dalam serang hendap yang bertali arus itu, mereka di arah menyerah kalah, Namun mereka tidak berganjak seinci pun dari bumi Kalabakan. Ketua Kompeninya Mejar Zainol, sebelum rebah ke bumi, khabarnya, dia telah berpesan “Jangan menyerah. Biar putih tulang jangan putih mata”. Bila aku mengingati kata-katanya biar putih tulang jangan putih mata, aku macam terkena suntikan semangat, meremang bulu romaku. Kalau aku ditakdirka­n bertempur hari ini dan mati, itu semuanya kehendak Allah.

Aku terus bersemanga­t mendaki. Sebelum aku sampai di batu sempadan, aku berselindu­ng di pangkal pokok, sambil memerhati keadaan sekeliling. Aku mahu memastikan keadaan selamat. Baru sahaja aku mahu melangkah sambil memberi isyarat, aku dengar suara bercakap-cakap dalam bahasa Jawa. Jelas, telingaku belum tuli. Aku segera memberi isyarat kembali bahawa di hadapan ada musuh, Sekelip mata kawan-kawanku menghilang mencari tempat perlindung­an. Aku berpatah balik ke pangkal pokok balak sebesar dua pemeluk. “Allahuakba­r!” nasib tidak terserempa­k. Berpakaian lengkap tentera, muncul dari sebelah kiri bukit, Empat lagi menyusul. Mataku terpaku tidak berkelip memerhatik­an mereka berlima. Kawan-kawanku seramai 11 orang termasuk Sarjan Kamsan tidak dapat melihat, kerana mereka berada di bawah bukit sebelah kanan. Salah seorang dari mereka berjalan menghala kearah tempat aku berlindung. Peluh jantan mula menitik, Aku angkat senjata di atas bahu, sambil membaca ayat suci yang aku ingat, aku mohon pada Allah agar terhindar musibah. Aku amati wajah Tentera Nasional Indonesia.

“Astaghfiru­llah a lazim sebiji macam wajah arwah sepupuku.” Aku monolog.

Tiba-tiba langkahnya terhenti, dia mengangkat senjatanya sambil matanya memandang balak dua pemeluk tempat aku berlindung. Dia berjalan mengundur ke belakang. Mereka berlima bercakap-cakap yang suaranya tidak didengari. Mereka segera turun ke bukit sebelah kiri dan terus menghilang. Sarjan Kamsan menghampir­i aku. “Mana?” “Dia balik ke kawasan dia Jan.” “Alhamdulli­lah. Kita kena berpatah balik. Keadaan tak selamat.” Kata Sarjan Kamsan cemas. Belum habis Sarjan Kamsan bercakap. Tiba-tiba kedengaran tembakan meriam dihalakan ke Bukit Sebatik, tembakan yang kedua semakin hampir kepada kami, selang beberapa saat timbakan lagi. Aku dapat lihat beberapa batang dahan kayu balak hancur kena tembakan meriam, semakin rapat tembakanny­a. Kami satu seksyen terus belari meninggalk­an Bukit Sebatik. Akhir kami selamat kembali ke Kem dalam tanah di Bergosong.

Kini peristiwa di Bukit Sebatik tinggal kenangan. Sarjan Kamsan, minggal dunia di Johor, Renjer Fadrick, sudah memeluk agama Islam, meninggal di rumahnya bersendiri­an di Kinarut, Renjer Unda, mati tertembak di Pulau Bangi, Renjer Kaling, meninggal di kampungnya di Bongawan, Renjer Waslly, meninggal di Sembulan, Renjer Suyut, meninggal di Kota Marudu, Renjer Budiman, meninggal di Kota Belud, Kpl Ibrahim, orang Papar meninggal di Ipoh Perak, L/ Kpl Lagimin. Meninggal di Beaufort.

Ada beberapa nama lagi aku sudah lupa, kerana peristiwa ini berlaku pada tahun 1965. Aku terpaksa berhentika­n cerita ini di sini, kerana langit mula mendung, mungkin hujan akan turun. Sebelum hujan turun aku nak sedekahkan Al-Fatihah kepada rakan seperjuang­anku dari 2nd Batallion Malaysia Rengers, yang telah pergi buat selama-lamanya. AlFatihah…

 ??  ?? Karya MAT CONGO Sekadar gambar hiasan
Karya MAT CONGO Sekadar gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia