Utusan Borneo (Sabah)

Tanduk kerbau berukiran halus identiti khas golok Kedah

-

PELUH yang merenik di dahi dibiarkan begitu sahaja tatkala tangannya terus mengetuk besi yang baru dikeluarka­n dari dapur tempa.

Hayunan dan ketukan bertalu-talu menggunaka­n tukul besi itu jelas menampakka­n bahawa Jefri Ghazali menggunaka­n seluruh kudrat dalam melakukan kerjanya itu. Setelah puas dengan hasilnya, beliau berhenti

lalu

membelek-belek besi yang ditempanya lantas

tersenyum lebar, tanda puas melihatkan UKIRAN pada sarung golok Kedah. besi itu membentuk mata golok seperti yang diharapkan. Beliau mencapai hulu yang sudah tersedia lalu dipasang pada mata golok itu sebelum mencapai sarung yang terletak di meja berhampira­n lalu menyarungk­an golok tadi. Hulu dan sarung berkenaan telah disiapkann­ya terlebih dahulu. Sambil membelek-belek golok itu lagi, beliau menyarung dan mencabut daripada sarungnya beberapa kali. Nyata, hulunya kukuh, sarungnya juga muat elok. “Ini golok Kedah. “Tak susah dibuat tapi tak ramai yang membuatnya,” katanya kepada Bernama sambil menujukkan golok yang lengkap bersarung itu. Beliau memberitah­u bahawa golok Kedah yang juga dikenali sebagai golok gembala adalah sebahagian daripada pengaruh kerajaan Siam yang menjalinka­n persahabat­an dengan kerajaan Kedah ratusan tahun dahulu. Golok yang hulunya diperbuat daripada tanduk ker- bau itu banyak kegunaanny­a selain mempunyai ciri-ciri keistimewa­an tersendiri. “Daya tahannya tidak perlu dipertikai­kan. “Ia amat kuat walaupun saiznya hanya seder-hana malah amat mudah dikendalik­an terutamany­a bagi kerja-kerja memotong dahan pokok,” katanya. Hanya berbekalka­n nat miyang mendalam, lelaki berusia 43 tahun itu belajar membuat golok melalui pemerhatia­n daripada orang tua yang mahir besi.

DEMI MINAT

Justeru, usah ditanya mengenai perincian dalam pembuatan golok itu, sama ada prosespros­es menempa, mengikis, menyepuh mahupun suhu bagi proses tertentu.

Jefri melakukan segalanya berdasarka­n kemahiran mengguna pancainder­a dan tulang empat keratnya, tanpa sebarang buku panduan mahupun rujukan.

Melalui pemerhatia­n, pendengara­n dan kreativiti, beliau memastikan setiap langkah pembuatan golok dibuat dengan cermat dan teliti.

Bercerita lanjut, Jefri memberitah­u bahawa beliau mencari dan mengumpulk­an pelbagai jenis besi yang antaranya terma-suk gege-lung terpa-kai dari-pada kereta dan lori.

Besi-besi yang terkumpul kemudianny­a dilebur dalam bekas khas yang dipanggil periuk pada suhu yang sangat tinggi sebelum ditempa menjadikan bentuk mata golok.

“Menempa memerlukan kekuatan tangan untuk mengetuk.

“Bagi memastikan besi itu ditempa dengan kuat, ia hendaklah sentiasa panas ketika diketuk.

“Kemudian ia akan disejukkan sebelum diasah supaya mata golok itu tajam,” jelas Jefri.

Proses membuat sebilah golok mengambil masa empat atau lima hari memandangk­an beliau banyak menggunaka­n cara tradisiona­l dengan hanya sedikit penggunaan mesin.

Untuk makluman, suhu bagi kerja besi adalah berbeza bagi sesuatu proses.

Suhu meleburkan besi boleh mencapai 1,500 darjah Celsius atau lebih manakala suhu proses penempaan pula adalah antara 800 darjah Celsius hingga 1,100 darjah Celsius, iaitu apabila besi itu berwarna merah kekuningku­ningan.

Besi tidak boleh ditempa jika tidak cukup panas iaitu ketika masih bernyala biru kerana ianya akan rapuh manakala jika melebihi suhu sewajarnya, ia akan terbakar dan tidak dapat diperbaiki lagi.

Bermula secara kecil-kecilan pada 2011, beliau mengambil masa kira-kira dua tahun sebelum dapat bertapak dan ternyata usahanya tidak sia-sia apabila golok buatannya mendapat sambutan sejak empat tahun lepas.

Jefri menjelaska­n bahawa golok yang berukuran 33 sentimeter (13 inci) itu dulunya kerap digunakan oleh pengendali gajah kerana pada hujungnya terdapat lebihan seperti tanduk kecil yang tajam, berfungsi untuk menggaru belakang telinga gajah.

“Inilah yang membezakan antara golok gembala jantan dan betina di mana golok gembala jantan sering digunakan untuk mengawal gajah.

“Golok gembala betina lebih banyak digunakan dalam aktiviti harian.

“Jadi, yang betina dan jantan itu merujuk kepada bentuknya dan bukannya orang yang menggunaka­nnya,” jelasnya.

UKIRAN HALUS

Jefri yang mempunyai bengkel pembuatan senjata tradisiona­l di Karangan, Kulim itu berkata, hulu dan sarung golok juga mempunyai keunikan yang tersendiri.

Hulu golok itu yang dipanggil pisang kelat dan diperbuat daripada tanduk kerbau turut menjadi daya tarikan kerana saiznya yang kecil tetapi padu dan mudah dikendalik­an.

Bagaimanap­un, terdapat juga hulu diperbuat daripada beberapa jenis kayu yang keras.

Nilai sebenar golok itu juga dapat dilihat melalui kehalusan seni ukiran pada sarungnya.

Umumnya, ia tidak mempunyai motif ukiran yang khusus.

Semuanya bergantung kepada kreativiti pengukir itu.

Beliau membuat sarung golok daripada beberapa jenis kayu yang lembut tetapi kuat dan mengukirny­a 100 peratus secara tradisiona­l.

“Tak boleh guna mesin sebab hasilnya tak akan sehalus buatan tangan.

“Golok ini mempunyai ukiran berbentuk siput yang timbul, di mana ia bertindak sebagai penyendal agar apabila diselit pada kain tidak melorot jatuh,” jelasnya yang mewarisi kemahiran mengukir daripada datuknya seorang tukang rumah.

Antara kayu yang selalu digunakan adalah kayu kemuning atau halban.

Apabila diamat-amati golok buatan beliau, nyata, hasil tangannya kemas dan paling mengagumka­n adalah seni ukiran yang halus pada sarung golok berkenaan.

Harga sebilah golok adalah di antara RM350 hingga RM750, bergantung kepada saiz, campuran besi yang digunakan serta keunikan ukiran pada sarung. -Bernama

 ??  ?? GOLOK gembala jantan (kiri) dan betina. JEFRI GHAZALI
GOLOK gembala jantan (kiri) dan betina. JEFRI GHAZALI
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia