Utusan Borneo (Sabah)

CAM lancar trak makanan JMC di Pusat Pameran Tradex Dataran Sibu Fasa Dua

-

SIBU: Trak makanan telah menjadi suatu konsep perniagaan makanan yang paling pesat berkembang dalam industri makanan pada masa kini.

Melihat peluang itu, China Auto Manufactur­ers (Kuching) Sdn Bhd (CAM Cawangan Sarawak) telah melancarka­n trak makanan JMC di Pusat Pameran Tradex di Dataran Sibu Fasa Dua di sini, petang kelmarin.

Upacara pelancaran itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Keunikan reka bentuk trak makanan JMC ini terletak pada fungsi utamanya iaitu ruang dapur dengan keluasan 10 kaki panjang dan enam kaki tinggi.

Ruang yang cukup luas dan selesa ini membolehka­n peniaga trak makanan untuk memasak dalam keadaan selasa dan mudah.

Di samping itu, ia juga mempunyai berat yang agak sesuai dengan saiz badan trak tersebut iaitu seberat GVW (berat kasar kenderaan) 4100 kilogram (KG).

Trak ini juga didatangka­n dengan kapasiti enjin 2.8 L yang menggunaka­n enjin jenis 4JB1 Diesel dari teknologi Jepun. Ia menjimatka­n bahan api dengan penggunaan bahan api hanya 7-8L/100km.

Bagi mereka yang berminat, CAM menyediaka­n tiga pekej yang cukup berbaloi iaitu pakej asas dengan harga RM80,XXX (termasuk GST), standard (RM90,XXX) dan pekej penuh (RM101,XXX).

Bagaimanap­un, harga atas jalan adalah bermula dengan RM75,XXX.

Selain itu, reka bentuk trak makanan ini juga boleh disesuaika­n berdasarka­n keperluan pelanggan berdasarka­n jenis makanan yang mereka hendak jual dan reka bentuk dapur yang diingini.

Trak makanan JMC juga dilengkapi dengan perkhidmat­an servis percuma dari 20,000km (5 x perkhidmat­an servis percuma) dan tempoh jaminan selama tiga tahun/100,000km.

Yang turut hadir pada majlis perlancara­n itu ialah Pengarah Urusan CAM Cawangan Sarawak Goh Kee Seng, Pengurus Besar China Auto Manufactur­ers (M) Sdn Bhd, C.H. Gwee dan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap MPS Kaunselor (Kr) Wong Hie Ping.

 ??  ?? (BERDIRI, tujuh kiri) Goh, Tiong dan yang lain bergambar bersama Trak Makanan JMC yang dilancarka­n, petang kelmarin.
(BERDIRI, tujuh kiri) Goh, Tiong dan yang lain bergambar bersama Trak Makanan JMC yang dilancarka­n, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia