Utusan Borneo (Sabah)

Empat syarikat Jepun akan labur RM2 bilion di Johor

-

Johor terus menjadi tumpuan utama asing termasuk empat syarikat Jepun yang akan melabur hampir RM2 bilion di Taman Perindustr­ian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelaburan itu melibatkan sektor kejurutera­an plastik, pengkhusus­an kimia dan yang berasaskan polimer.

Beliau yang juga Pengerusi Johor Corporatio­n (JCorp), kini berada di Jepun bagi mengetuai delegasi kerajaan negeri ke negara itu.

“Pelaburan ini semestinya dapat memberi manfaat limpahan ekonomi kepada rakyat Johor khususnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan serta perniagaan berkaitan.

“Keyakinan syarikat-syarikat terkemuka dari negara luar untuk terus berhasrat melabur di Johor membuktika­n bahawa mereka percaya dengan potensi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan baru-baru ini selepas mengadakan pertemuan dengan pelaburpel­abur Jepun sedia ada dan berpotensi di Tokyo.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud dan Presiden/Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim.

Mohamed Khaled jugayakinJ­Corp sebagai konglomera­t kerajaan negeri, akan meneruskan peranan sebagai penyumbang untuk menarik pelaburank­e Johor dan menjadikan­nya lokasi tumpuan utama pelabur asing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia