Utusan Borneo (Sabah)

‘GLC ExplorAce 2017’ dijangka jana hasil RM9 bilion

-

KUALA LUMPUR: Acara tahunan, ‘GLC ExplorAce 2017’ yang menghimpun­kan kalangan usahawan dan vendor tempatan pada Ogos ini, dijangka dapat menjana hasil sekurang-kurangnya RM9 bilion di bawah program pembanguna­n vendor.

Program itu sebelum ini berjaya menjana perolehan kontrak bernilai RM28.1 bilion bagi tempoh 2014 hingga 2016.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebanyak 21 syarikat teraju dan 1,440 vendor mewakili pelbagai sektor, akan menyertai acara sehari pada 8 Ogos depan.

“Syarikat teraju seperti UEM Group Bhd yang turut beroperasi di luar negara akan turut menyertai acara ini. Ini merupakan satu kesempatan untuk vendor yang sememangny­a menunggu untuk turut terlibat dalam projek syarikat itu pada masa hadapan.

“Pada masa sama, kita juga mahu merekamaju ke tahap seterusnya dalam program ini iaituuntuk­turut melakar kejayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan global,” katanya kepada pemberita pada majlis prapelanca­ran GLC ExplorAce di sini, Khamis lalu.

Bertemakan ‘Excelling In The Digital World’ (Mencapai Kecemerlan­gan Dalam Dunia Digital), GLC ExplorAce 2017 yang merupakan inisiatif kementeria­n akan diadakan di Sime Darby Convention Centre.

Ia turut menjadi platform untuk perusahaan kecil dan sederhana menimba pengetahua­n dan mendapat idea atau cadangan perniagaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia