Utusan Borneo (Sabah)

Wajah kampung tradisi semakin berbeza

-

PINTU gerbang ‘Selamat Datang Ke Daerah Jempol’ yang tegak berdiri sebelum memasuki pekan Batu Kikir memberi isyarat sudah memasuki daerah paling timur di negeri adat pepatih Negeri Sembilan.

Batu Kikir sinonim dengan jambatan besi hingga ia dimasukkan di dalam lirik lagu ‘Apo Nak Dikato’ nyanyian kumpulan Blues Gang yang pernah menjadi siulan peminatnya satu masa dahulu.

Jambatan sempit daripada besi yang cukup berjasa khususnya kepada masyarakat setempat kini hanya tinggal sejarah setelah ia digantikan dengan jambatan konkrit.

Pekan kecil Batu Kikir dikenali dengan imejnya yang berciri ‘ala koboi’ satu ketika dahulu.

Ketika itu, hanya dua baris bangunan kayu yang uzur di kiri kanan jalan sebelum bertukar wajah dengan bangunan kedai batu yang moden dan teratur sejak lebih 10 tahun yang lepas.

Pada waktu siang, pekan ini tidak pernah sunyi terutama sebelum dan selepas sesi persekolah­an yang menjadi tempat persinggah­an pelajar di Sekolah Menengah Batu Kikir.

Pasar Tani hari minggu pada setiap pagi Ahad di pekan ini juga cukup meriah.

Bukan sahaja masyarakat setempat di Jempol tetapi mereka di luar daerah Jempol juga datang ke sini bagi mendapatka­n sayur-sayur kampung dan barang basah seperti ikan dan daging.

Daging salai, ayam, puyuh dan ikan keli salai yang cukup dikenali di Negeri Sembilan turut dijual di Pasar Tani ini yang rata-rata peniaganya adalah penduduk tempatan di daerah ini.

Terdapat beberapa jalan lain untuk ke daerah Jempol, antaranya, melalui pekan Juaseh dan terus ke bandar Bahau yang menjadi pusat perniagaan utama di daerah ini.

Bagaimanap­un jalan Batu Kikir menjadi laluan utama bukan sahaja untuk ke bandar Bahau yang jaraknya hanya kira-kira 10 kilometer tetapi juga ke Bandar Seri Jempol yang kini menjadi pusat pentadbira­n daerah yang menempatka­n bangunan kerajaan seperti Majlis Daerah Jempol, Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Agama.

Bandar Seri Jempol juga menjadi penghubung utama ke negeri-negeri bersempada­n dengan Negeri Sembilan, antaranya, Segamat, Johor dan Rompin, Pahang.

PEMBANGUNA­N RANCAK

Sebagai anak kelahiran daerah ini yang dibesarkan di sebuah kampung tradisi iaitu Kampung Lonek, penulis melihat pembanguna­n rancak yang berlaku terutama sejak enam tahun kebelakang­an ini yang bukan sahaja tertumpu di bandar Bahau malah tempiasnya sampai ke kampung-kampung berdekatan.

Paling ketara, pembinaan taman-taman perumahan baharu di dalam kawasan kampung yang kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Sepanjang Jalan Batu Kikir-Bahau tidak kurang lapan taman perumahan baharu yang telah siap dan sedang dibina di beberapa kampung, antaranya, Kampung Simpang Bahau, Kampung Bukit Kerdas, Kampung Gajah Mati, Kampung Serting Hilir, Kampung Bukit Tinggi, Kampung Bukit Laka dan Kampung Bukit Kelulut.

Tanah yang dahulunya berstatus pertanian bertukar kepada kawasan penempatan yang memberi wajah baharu kepada kampung tradisi.

Jika sebelum ini hanya pesara dan warga emas yang masih setia di kampung kerana kebanyakan anak muda keluar berhijrah untuk bekerja, kini keadaannya berbeza dengan pertambaha­n penduduk dari perumahan baharu yang wujud.

Di sebalik pembanguna­n dan pembinaan taman-taman perumahan baharu, ciri-ciri perkampung­an tradisi masih lagi utuh yang boleh dilihat di sepanjang Jalan Batu Kikir-Bahau.

Teratak Za’ba yang dibina bagi mengenang jasa tokoh pembanguna­n Bahasa Melayu, Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba di kampung kelahirann­ya di Kampung Bukit Kerdas menjadi salah satu lokasi tarikan yang boleh disinggahi terutama yang melalui jalan ini.

Selain itu, pemandanga­n sawah padi di sebelah kanan jalan menyegarka­n mata yang memandang menambah keindahan suasana kampung di sini.

Tanah sawah yang sebelum ini terbiar tidak diusahakan, dipajakkan kepada pihak swasta untuk penanaman semula padi lebih 12 tahun yang lepas.

Ia telah memberi nilai tambah kepada kampungkam­pung di sini terutama di Kampung Lonek hingga menjadi antara produk pelanconga­n daerah Jempol dengan menyediaka­n inap desa yang memberi peluang pelancong merasai suasana dan kehidupan sebenar di kampung.

Pembinaan taman-taman baharu sedikit sebanyak melenyapka­n rumah-rumah tradisi yang sebelum ini boleh dilihat dengan pelbagai warna dan bentuk menarik yang menggambar­kan identiti pemiliknya.

Paling penulis ingat, sebuah rumah tradisi tersergam indah berwarna biru di tepi jalan besar di Kampung Gajah Mati.

Selain cantik dengan tanah yang lapang, kedudukann­ya berhampira­n jalan utama baharu di sini.

Mungkin ada nilai sentimenta­l bagi beliau yang dilahir dan dibesarkan di sini sejak lebih 74 tahun yang lepas.

Rumah-rumah kampung terbiar tidak berpenghun­i bukan sesuatu yang asing di daerah ini.

Setelah ibu bapa meninggal dunia, kebanyakan anak yang keluar dari kampung mencari rezeki terutama di Seremban dan Kuala Lumpur selesa meneruskan kehidupan mereka di bandar.

Rumah di kampung dibiarkan sepi tanpa penghuni.

Apabila rumah tradisi ini yang kebanyakan daripada kayu papan tidak berjaga dan dibersihka­n, ia mudah rosak dimakan anai-anai hingga mencacatka­n pemandanga­n.

Ada baiknya juga rumah atau tanah terbiar di kawasan kampung ini dibangunka­n dengan taman perumahan supaya lebih ramai yang dapat duduk di kampung.

Tidaklah kampung bertambah sunyi, ujar Abu Zarin Bahali, Ketua Kampung Bukit Laka.

Kampung Bukit Laka adalah kampung paling hampir dengan bandar Bahau dan menjadi kampung pertama yang membuka taman perumahan di kawasannya pada awal 2010.

Semenjak menjadi ketua kampung enam tahun lepas, empat taman baharu dibina di kampungnya iaitu Taman menyebabka­n rumah itu menjadi tumpuan mereka yang melalui jalan Batu Kikir-Bahau.

Bagaimanap­un sejak enam tahun lepas, rumah itu bertukar menjadi taman perumahan setelah pemilik asalnya meninggal dunia.

KEMBALI MERIAH

“Banyak dah rumah-rumah tinggal yang dah dibuat taman perumahan.

“Sayang betul habis dah rumah-rumah lama,” Khadijah, penduduk dari Kampung Tebat menyuaraka­n mengenai pembinaan tamantaman Saga, Taman Kepayang 1, Taman Kepayang 2 dan Taman Delima.

Kewujudan taman-taman perumahan ini menambah jumlah penduduk di Kampung Bukit Laka yang kini lebih kurang 800 orang.

Sebelum ini penduduk di kampung ini sekitar 300 orang.

Hasil bancian yang dibuat terdapat 170 rumah kampung di Kampung Bukit Laka dan 200 rumah di keempat-empat taman perumahan yang ada.

Mungkin ramai yang berminat untuk tinggal dalam suasana kampung yang aman damai menyebabka­n mereka memilih untuk tinggal di taman perumahan di dalam kawasan kampung, katanya.

“Saya setuju apabila adanya taman di dalam kampung.

“Di Kampung Bukit Laka sendiri telah melihat perubahan itu.

“Jika dahulu kampung di sini sunyi, hanya orang tua yang tinggal.

“Semenjak adanya taman ini, suasana lebih meriah dengan pertambaha­n penduduk dan mereka yang tinggal dalam taman ini juga tidak mengasingk­an diri sebaliknya hidup bermasyara­kat dengan penduduk kampung,” katanya.

Surau di kampung juga katanya, telah hidup kembali dengan pelbagai aktiviti termasuk solat berjemaah maghrib dan isyak setiap

malam. — Bernama

“Pekan kecil Batu Kikir dikenali dengan imejnya yang berciri ‘ala koboi’ satu ketika dahulu. Ketika itu, hanya dua baris bangunan kayu yang uzur di kiri kanan jalan sebelum bertukar wajah dengan bangunan kedai batu yang moden dan teratur sejak lebih 10 tahun yang lepas.

 ??  ?? TERATAK Za’ba di Kpg Bukit Kerdas.
TERATAK Za’ba di Kpg Bukit Kerdas.
 ??  ?? SALAH sebuah taman perumahan dalam pembinaan di Jempol.
SALAH sebuah taman perumahan dalam pembinaan di Jempol.
 ??  ?? MERCU tanda Bahau, Pusat Perniagaan Daerah Jempol.
MERCU tanda Bahau, Pusat Perniagaan Daerah Jempol.
 ??  ??
 ??  ?? ABU ZARIN BAHALI
ABU ZARIN BAHALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia