Utusan Borneo (Sabah)

‘Pujaanku’ lagu slow rock taruhan Ady

-

PENYANYI yang bernaung di bawah Muzik Dua Karya, Ady telah melancarka­n single beliau bertajuk ‘Pujaanku’.

Penyanyi berusia 22 tahun ini berpeluang menjadi penyanyi utama kumpulan Ukays bermula tahun 2014.

Beliau yang dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Negeri Sembilan memulakan penglibata­n di dalam bidang nyanyian secara serius seawal usia 10 tahun dengan menyertai pertanding­an karaoke, program Idola Kecil dan Bintang Remaja RTM.

Pertaruhan penyanyi yang mula dikenali melalui platform Youtube ini, ‘Pujaanku’ merupakan sebuah lagu slow rock yang dicipta oleh Rizz Edisi manakala liriknya dihasilkan oleh Zam Meletop.

Selain ‘Pujaanku’, terdapat juga sebuah lagu duet Ady bersama Juliey bertajuk ‘Rintihanku’.

JERAYAWARY­A

Menurut penulis lirik ‘Pujaanku’, Zam Meletop, Muzik Dua Karya berhasrat untuk mengadakan jerayawary­a ke seluruh Malaysia bagi mempromosi­kan Ady dalam masa yang terdekat ini.

Muzik Dua Karya juga mahu menggunaka­n laman sosial bagi memperkena­lkan Ady kepada para peminat muzik tanah air, kata Zam.

Ketika ditanya mengenai duet gandingan Ady dan Julieya, Zam berkata : “Lagu duet ‘Rintihanku’ ini mengimbas kembali zaman arwah Acik dan Siti Nurdiana yang pernah mempopular­kan lagu-lagu duet di persada seni tanah air dan kami juga ingin mengembali­kan nostalgia era 90-an.”

Berita terbaharu Ady boleh didapati melalui Facebook dan Instagram beliau Ady Ex Ukays. Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia