Utusan Borneo (Sabah)

Rangka ditemui dipercayai milik mangsa Air India

-

GRENOBLE: Rangka manusia dipercayai milik penumpang terkorban dalam nahas pesawat Air India lebih 50 tahun lepas telah ditemui di Mont Blanc di pergununga­n Alp Perancis, menurut sumber pada Khamis.

Daniel Roche, yang berminat dengan nahas udara dan bertahun-tahun memeriksa Glasier Bossons untuk mencari mayat, membuat penemuan itu Khamis lepas.

“Saya tidak pernah menemui sebarang rangka manusia yang jelas sebelum ini,” kata beliau.

Namun kali ini beliau menemui tangan dan bahagian atas kaki.

Pada Januari 1966, sebuah pesawat Air India Boeing 707 dari Bombay ke New York terhempas di Mont Blanc, membunuh kesemua 117 di dalamnya.

Sebuah lagi pesawat Air India terhempas di gunung itu pada 1950, mengorbank­an 48 orang.

Roche menyatakan rangka yang ditemuinya mungkin milik penumpang wanita dari pesawat Boeing 7071966, kerana beliau turut menemui salah satu daripada empat bahagian enjin jet itu.

Roche menghubung­i perkhidmat­an kecemasan di perkampung­an Chamonix yang membawa rangka itu turun dari gunung dengan menggunaka­n helikopter dan akan diperiksa pakar.

“Rangka ini kemungkina­n daripada orang yang sama,” menurut Stephane Bozon, anggota keselamata­n tempatan.

“Mereka kemungkina­n penumpang, namun antara dua pesawat tersebut, sukar untuk dinyatakan.”

Hanya 10 hari lepas, dua mayat ditemui terbaring berdekatan, terpelihar­a dalam glasier di banjaran gunung Diablerets di Alp Swiss.

Ujian DNA mengenal pasti mangsa sebagai Marcelin Dumoulin, 40, pembuat kasut dan isterinya Francine, 37, guru sekolah yang hilang 75 tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia