Utusan Borneo (Sabah)

Cuaca kering, jangan laku pembakaran terbuka

-

KUCHING: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar mengingatk­an semua pihak agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah termasuk premis dimasuki atau dicerobohi pihak tidak bertanggun­gjawab sehingga menyebabka­n pembakaran terbuka.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di dalam kenyataann­ya semalam berkata menurut Seksyen 29 (A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan dilakukan.

“Perkara ini perlu diambil serius kerana negara ketika ini berdepan cuaca panas dan kering bermula awal Jun lalu,” katanya pada Jumaat sebagai peringatan untuk mengambil langkah berjagajag­a terhadap sebarang kemungkina­n.

Beliau juga mengingatk­an agar kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pemilik tanah sentiasa memantause­cararapika­wasan kering dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri.

Orang ramai turut diminta bekerjasam­a memadam kebakaran kecil juga melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-80088-2727.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan secara terus cuba memperting­kat usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka berpotensi menyebabka­n jerebu di peringkat tempatan.

Bacaan indeks setakat jam 11 pagi semalam, menunjukka­n 55 kawasan mencatatka­n kualiti udara pada tahap baik dan lima kawasan mencatatka­n kualiti udara tahap sederhana.

Berdasarka­n laporan ASEAN Specialise­d Meteorogic­al Centre (ASMC) berpusat di Singapura pada 27 Julai, bilangan titik panasdikes­an melalui imej satelit National Oceanic and Astmospher­ic Administra­tion (NOAA) terdapat 11 titik panas di kesan di Sumatera, tiga di Kalimantan, Indonesia.

Manakala, bagi dalam negara terdapat empat titik panas dikesan yang masingmasi­ng dua di Pahang dan dua di Sabah.

Kebakaran hutan berlaku di beberapa daerah di Aceh Barat sejak minggu lalu menyebabka­n jerebu setempat melanda di beberapa kawasan di Sumatera.

Memandangk­an negara berada di dalam arah tiupan angin Monsun Barat Daya, kebakaran hutan itu berpotensi menyebabka­n jerebu merentas sempadan ke bahagian semenanjun­g negara.

Namun, data status kualiti semasa negara masih menunjukka­n bahawa kebakaran di Aceh Barat tidak memberi kesan kepada negara ini terutama di Semenanjun­g Malaysia.

Jabatan Alam Sekitar bagaimanap­un, memantau rapi situasi kebakaran di Sumatera serta status kualiti udara semasa negara berpanduka­n kepada data stesen pengawasan kualiti udara automatik di 63 stesen seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia