Utusan Borneo (Sabah)

Dana RTP RM5 juta bolehkan projek impak tinggi dilaksana

-

KUCHING: Peruntukan RM5 juta bagi Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) membolehka­n setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Barisan Nasional (BN) menjalanka­n projek yang berimpak tinggi kepada masyarakat.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah sebagai wakil rakyat bagi DUN Dalat, peruntukan ini amat bernilai untuk rakyat di kawasannya termasuk lain-lain kawasan DUN.

“Kami semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sangat bersyukur kerana diperuntuk dengan sejumlah besar dana dibawah projek RTP di setiap DUN.

“Dengan adanya peruntukan ini ia memberikan kuasa kepada kita bersama jawatankua­sa pembanguna­n di peringkat DUN yang terdiri daripada pegawai daerah dan ketua masyarakat berbincang mengenai projek yang boleh dilaksanak­an untuk tahun itu.

“Saya percaya ahli-ahli DUN yang lain juga sangat berterima kasih untuk peruntukan ini bermula daripada Allahyarha­m Tok Nan dan juga Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas penyampaik­an cek MRP bagi N.56 Dalat di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini pada Jumaat disusuli dengan penyampaia­n bantuan kepada mangsa kebakaran.

Seramai 16 wakil penerima terdiri daripada pelbagai persatuan dan pertubuhan menerima cek MRP itu daripada Fatimah pada Jumaat melibatkan keseluruha­n peruntukan sebanyak RM81,000.

Fatimah dalam pada itu, berharap para penerima cek MRP ini akan menggunaka­n peruntukan itu dengan sebaiknya bagi tujuan seperti yang dinyatakan.

“MRP yang diagihkan kepada pelbagai persatuan dan pertubuhan ini adalah untuk mereka menjalanka­n aktiviti masing-masing sama ada berbentuk keagamaan, sosial, sukan dan juga pendidikan. “Saya berharap peruntukan ini dapat digunakan dengan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia