Utusan Borneo (Sabah)

Sepanyol kekal corak permainan

Walaupun hampir tersingkir awal di Kejohanan Euro

-

EPE: Sepanyol akan mengekalka­n corak permainan mereka yang berasaskan penguasaan bola walaupun hampir gagal untuk mara ke peringkat kalah mati Euro wanita ekoran kekalahan kepada England dan Scotland pada peringkat kumpulan, kata pemain tengah Vicky Losada.

Disebut-sebut sebagai salah sebuah pasukan pilihan untuk memenangi Euro wanita, Sepanyol berada satu gol dari penyingkir­an apabila kekalahan 1-0 kepada Scotland pada Khamis lepas, selain kekalahan 2-0 kepada England, bermakna mereka mara ke peringkat kalah mati hanya kerana kelebihan gol.

“Kami ada banyak peluang tetapi kami tidak dapat menjaringk­an gol, kami mungkin ada 15 rembatan dari jarak jauh,” kata Losada kepada AFP kelmarin dari pusat latihan Sepanyol di bandar Epe, tengah Belanda.

“Penjaga gol Scotland semalam (Khamis) amat bagus, saya rasa kami ada lapan peluang yang jelas untuk menjaringk­an gol dan kami tidak bernasib baik sedikit.

“Semalam ia susah bagi kami untuk mengurus situasi, kami sedikit gemuruh dan kami tidak mempamerka­n permainan kami yang sebenar.”

Sepanyol mendominas­i permainan dalam keduadua perlawanan, dengan 74 peratus penguasaan yang mengagumka­n ketiga menentang England dan 69 peratus ketika menentang Scotland, tetapi tidak dapat menjaringk­an gol.

“Saya rasa kami sudah mengusahak­an falsafah penguasaan yang lama ini sejak kami berusia lima tahun,” kata Losada, yang menghabisk­an kebanyakan waktu sejak 13 tahun lepas bersama Barca, selain pembabitan singkat dengan Espanyol, Western New York Flash dan Arsenal.

“Pemain kami sentiasa mahukan bola. Itu adalah falsafah kami, sentiasa dapatkan bola dan jangan sesekali melepaskan­nya.

“Namun ketika menentang England, kami tidak mempamerka­n permainan bola sepak yang lebih mudah, dan kami akan cuba melakukann­ya dengan lebih baik.”

Pada peringkat suku akhir pada hari ini (Ahad) di Tilburg, Sepanyol akan menentangp­endatangba­haru ke kejohanan Euro, Austria, pakej kejutan di kejohanan ini selepas menduduki tempat teratas kumpulan ekoran kemenangan ke atas Switzerlan­d dan Iceland selain seri 1-1 dengan Perancis.

“Kami begitu gembira sekarang berada di peringkat suku akhir, kami adalah satu daripada lapan pasukan terbaik di Eropah, jadi kami begitu bangga sebagai sebuah pasukan,” kata Losada, yang menjaringk­an gol pertama daripada dua gol Sepanyol dalam kejohanan ini dalam kemenangan pembukaan 2-0 ke atas Portugal.

Dia menambah, masanya sudah tiba untuk Sepanyol mula menjaringk­an gol bila menentang Austria nanti, yang menduduki ranking ke-24 di dunia berbanding ranking ke-13 bagi Sepanyol.

“Semua pasukan yang kami sudah lawan, mereka ada dua garisan sempit – itu telah menjadi masalah bagi kami, tetapi kami akan cuba bermain dengan lebih baik dalam sisi sukan ini, cuba merembat dari jarak jauh dan kemudianme­ndapatkanl­ebih banyak peluang (daripada bola lantunan balik).

“Itulah apa yang kami mahu cuba lakukan jika Austria memutuskan untuk bermain dengan pasukan yang benar-benar padu.”

Losada menyertai pasukan Sepanyol yang mara ke peringkat suku akhir Euro pada 2013, tetapi tidak bermain dalam kekalahan 31 kepada Norway. – AFP

“Kami ada banyak peluang tetapi kami tidak dapat menjaringk­an gol, kami mungkin ada 15 rembatan dari” jarak jauh. VICKY LOSADA Pemain tengah Sepanyol

 ??  ??
 ??  ?? PARA pemain Sepanyol mengadakan latihan menjelang perlawanan suku akhir berdepan Austria di bandar Epe pada Sabtu. - Gambar AFP
PARA pemain Sepanyol mengadakan latihan menjelang perlawanan suku akhir berdepan Austria di bandar Epe pada Sabtu. - Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia